cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, October 1, 2010

nak jimat kos...2 budak kecik di jadikan model expres....pekerja syarikat bakal di dakwa akta kanak kanak

Dua beradik dilarikan pekerja syarikat iklan setengah jam, jadi ‘model ekspres’


SHAH ALAM – Gara-gara mahu menjimatkan kos, seorang pekerja sebuah syarikat pengiklanan sanggup mengumpan pasangan adik-beradik lelaki berusia lapan dan 11 tahun dengan duit serta gula-gula, sebelum melarikan mereka untuk dijadikan ‘model ekspres’ penggambaran iklan milik syarikatnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu bakar berkata, suspek lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan mendapat idea selepas melihat pasangan adik-beradik itu bermain di taman permainan berhampiran sebuah rumah flat di Seksyen 26, di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Beliau berkata, suspek kemudiannya menghampiri dua kanak-kanak itu dan memujuk mereka untuk mengikutinya menaiki sebuah kereta.

“Suspek menawarkan gula-gula, wang berjumlah RM20, sehelai baju jersi termasuk sebiji bola kepada dua kanak-kanak terbabit sebelum membawa mereka ke padang bola berhampiran,” katanya selepas selesai Kejohanan 10 Pin Bowling Piala Ketua Polis Selangor 2010, semalam.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan suspek itu disedari penduduk kawasan sekitar yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian.

“Dalam tempoh setengah jam, polis berjaya mengesan lokasi dua kanak-kanak itu dilarikan.

“Ketika ditahan suspek mendakwa dia tidak berniat menculik kanak-kanak itu dan hanya membawa mereka ke padang untuk tujuan penggambaran,” katanya.

Khalid berkata, suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan suspek boleh didakwa mengikut Akta Kanak-kanak.

“Tindakan suspek adalah tidak wajar kerana dia tidak boleh mempergunakan kanak-kanak terbabit untuk kepentingan diri atau perniagaannya. Malah, dia juga tidak meminta kebenaran daripada ahli keluarga kanak-kanak itu,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa diingatkan agar lebih mengambil berat terhadap pergerakan dan tidak membiarkan anak mereka bermain tanpa pengawasan orang dewasa.

SH

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here