cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, August 30, 2010

MPP PKR sahkan hukuman gantung 12 pemimpin Sabah



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan kesemua 12 pemimpin bahagian dari Sabah digantung selama setahun berikutan aduan terlibat dalam usaha menubuhkan Parti Cinta Sabah tahun lalu.

“Setelah diteliti dan dibincang laporan (jawatankuasa disiplin), Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bersidang pada 29 Ogos 2010 (semalam) telah bersetuju mengesahkan keputusan jawatankuasa disiplin untuk menggantung 12 anggota PKR berikutan aduan penubuhan Parti Cinta Sabah,” kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Saifuddin mengumumkan keputusan menggantung mereka minggu lalu dan syor jawatankuasa disiplin dibincangkan semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Saifuddin berkata penggantungan tersebut berkuat kuasa dari 4 Januari lalu sehingga 3 Januari depan.

Namun demikian, kata beliau, Fasal 27.4 Perlembagaan Parti memperuntukkan bahawa kesemua 12 anggota tersebut boleh membuat rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat bermula hari ini.

Katanya, Majlis Pimpinan Pusat bersedia menyegerakan rayuan untuk dipertimbangkan kerana tidak mahu memprejudiskan penglibatan mereka dalam pemilihan parti.

Proses penamaan calon pemilihan peringkat bahagian dan pusat sedang berlangsung.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, keputusan menggantung selama setahun 12 pemimpin itu dibantah Naib Presiden parti Datuk Dr Jeffery Kitingan yang menganggap ia mencerminkan rasa tidak ikhlas serta berniat jahat.

Beliau berkata, ini kerana keputusan dibuat selepas hampir 10 bulan pihak bertelagah berdamai, selain ia dibuat ketika hari pencalonan untuk pemilihan parti menjelang tiba iaitu kelmarin dan semalam.

Mereka yang semuanya penyokong Jeffery ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.

Jeffrey berkata bagi menyelesaikan krisis PKR yang bermula tahun lepas, pucuk pimpinan tertinggi mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mengambil tindakan menggantung atau memecat mereka yang terlibat, atau berdamai.

“Pucuk pimpinan parti telah memilih untuk berdamai dan bersetuju memenuhi beberapa permintaan yang dibuat oleh saya dan Christina Liew, dan penyokong saya juga bersetuju memulihkan keadaan termasuk menarik balik permohonan mendaftar parti baru,” katanya.

Beliau berkata walaupun pelan damai itu belum dilaksana sepenuhnya, namun ia telah menunjukkan kemajuan sejak dipersetujui kira-kira sembilan bulan lepas.

Beliau berkata keputusan terbaru itu tidak mencerminkan imej yang baik kepada pembuat keputusan selain menunjukkan mereka terperangkap dengan permainan pengadu yang hanya mahu memenangi pemilihan parti menerusi cara membatalkan kelayakan saingann


MI

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here