cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, January 10, 2012

Kini Hasan Ali wakil KATAK Bebas....merayu kalau berani...kah kah kah....!!!!

 

Hasan Ali  di ingatkan agar mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin terus bersama parti Islam itu dan digelar “wakil rakyat PAS.Hasan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Hasan (gambar) hilang kelayakan untuk terus bertanding atas tiket PAS.

Dalam tempoh 30 hari beliau (Hasan) boleh membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama, status beliau sekarang adalah wakil rakyat Bebas... kecuali beliau buat rayuan dan diterima beliau akan kekal sebagai wakil rakyat PAS sekiranya rayuan itu diterima.

Bila sudah dipecat beliau bukan lagi ahli dan wakil rakyat PAS, beliau hanya ada peluang 30 hari untuk membuat rayuan..sambil menambah peluang Hasan membela diri masih ada melalui Majlis Syura Ulama sekiranya exco kerajaan negeri Selangor itu tidak berpuas hati dan merasakan diri tidak mendapat keadilan.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia kelmarin dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Peluang kedua yang diberikan parti harus digunakan sebaik-baiknya oleh Hasan menambah “jangan menggunakan saluran lain selain parti.”

Kalau guna ruang lain kita tidak mahu komen apa yang beliau nak cakap, itu hak beliau.

Tetapi adalah lebih baik untuk gunakan saluran yang parti berikan...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here