cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, December 8, 2011

Rampas Kondo NFC, Kereta Dan Tanah serta minta najib bertanggungjawab dalam isu ini...!!!

Kerajaan Persekutuan digesa merampas aset termasuk kondominium, kereta mewah dan tanah di Putrajaya yang "tiada kaitan" dengan perniagaan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh membantu kerajaan "mendapat semula sebahagian wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan".

Dalam keadaan seperti ini, kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

RM250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan... Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah..

Turut serta aset yang diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC juga harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada kerajaan.

Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  berdiam diri dalam hal ini dan "seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau".

Bahkan  laporan ketua audit negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk Najib bertindak terhadap semua pihak terlibat.

rentakinfo

bukan tak mahu bertindak ,cuma tengah kerah pemutar belit untuk mencari jalan keluar, kononya biar lambat sikit asalkan dapat direka konspirasi yang boleh melenyapkan isu ini.sebabnya kerajaan ada media gergasi yang boleh menembusi segala ceruk ,sekali mereka ,bercakap. didengar dan mampu memperdaya fikiran rakyat malaysia yang sememangnya mudah di perdaya...so ...kita semua dah boleh baca cara mereka bertindak ...rakyat okay aje walaupun tahu sentiasa di pergunakan oleh pihak berkepentingan..macam yang digempak oleh syarizat tempoh hari....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here