cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, November 8, 2011

Tahniah....Nicol & Zulfadli Harumkan Nama Negara

Tahniah di ucapkan atas pencapaian cemerlang Ratu Skuasy Dunia, Datuk Nicol David (gambar) yang mencipta sejarah dengan memenangi gelaran perseorangan wanita jaguh dunia untuk kali yang keenam di Rotterdam, Belanda.

Kejayaan bersejarah ini bermakna anak negeri Pulau Pinang merupakan pemain wanita yang memenangi gelaran juara dunia yang paling banyak kali dalam sejarah skuasy..

Kebolehan Nicol memang tidak dipertikaikan tetapi yang menakjubkan adalah kemampuan beliau mengekalkan prestasi cemerlang dalam tempoh masa yang begitu lama.

Apa yang lebih mengkagumkan ialah kekuatan mental dan kecekalan semangat berjuang Nicol untuk menang.Itulah perbezaan di antara jaguh dunia dan jaguh kampung.

Sementara itu Kerajaan negeri Pulau Pinang  akan menunggu kepulangan beliau ke Pulau Pinang untuk meraikan kemenangan beliau dalam satu jamuan rasmi.

Pulau Pinang memang bangga atas pencapaian Datuk Nicol David.. Tahniah juga di ucapkan kepada Zulfadli Zulkifli yang mencipta sejarah Malaysia setelah muncul juara remaja perseorangan dunia badminton daripada Malaysia buat kali pertama dalam pertandingan di Taipei.

Nicol selaku pemain No. 1 dunia, mudah membenam pemain No. 2 dunia, Jenny Duncalf dari England 11-2, 11-5, 11-0 untuk ditabal sebagai juara dunia, semalam.

Sementara, Zulfadli pula melakar sejarah dengan menghadiahkan gelaran sulung Malaysia dalam perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 9-21, 21-19...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here