cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, November 17, 2011

Potong dan akhirnya Wang RM50 kena dikembalikan segera...!!!

INILAH Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 di Kuala Lumpur yang mencetuskan kontroversi kerana memotong RM50 daripada peruntukan bantuan RM100 yang diberi oleh kerajaan kepada para pelajar sekolah.

Akur dengan teguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan mengarahkan guru besar Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 di sini supaya memulangkan serta-merta wang RM50 yang dipotong daripada bantuan persekolahan RM100 yang diberi kepada para pelajar sekolah tersebut.

Pengarahnya, Datuk Khairil Awang berkata, sekolah berkenaan adalah satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutuan yang membuat pemotongan sebanyak RM50 daripada bantuan persekolahan RM100 yang sepatutnya diterima pelajar.

Beliau menegaskan, masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan semua sekolah telah dimaklumkan supaya tidak membuat sebarang pemotongan menerusi satu taklimat baru-baru ini.

Guru Besar SK Datuk Keramat 2 ketika ini ialah Abd. Hadi Mohamed Zin.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan saya sendiri telah menghubungi guru besar sekolah tersebut semalam supaya memulangkan wang RM50 itu dengan segera.

"Saya jangka pelajar sekolah itu akan menerima wang mereka semula yang dipotong untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

rentakinfo

apehal trok benor pengetua nyer nih...?? duit pelajar pon nk mkan... ape daaa...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here