cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, October 10, 2011

nak buat ibadat tapi melencong ke arah khurafat

 

Amatlah rugi, ruang ibadat yang dikurniakan Allah untuk kita tidak diambil manfaat dengan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi, bukan sahaja kerugian yang kita dapat, bahkan jika ianya diyakini, boleh membawa kepada ‘kebinasaan’.

Semuanya kerana ilmu. Itulah sebabnya ilmu yang membezakan kedudukan seseorang. Kepentingan ilmu turut disebut oleh Nabi SAW, ‘tuntutlah ilmu itu sehingga ke liang lahad’. Menunjukkan kepada kita, kepentingan ilmu itu tidak boleh dipisahkan daripada kita sehingga saat-saat kematian.

Dipetik dari Harian Metro, ada segelintir jemaah haji yang kurang berpengetahuan mengenai agama Islam melakukan perkara khurafat atas alasan ia dapat menyembuhkan penyakit atau memberi rahmat.

Berita yang dipetik dari agensi berita Arab News itu telah melaporkan, ada segelintir jemaah haji pergi ke Gua Hira, tempat di mana Nabi Muhammad mendapat wahyunya yang pertama, atau ke Jabal Rahmah di Arafat kerana percaya ia adalah sebahagian daripada rukun umrah atau untuk mendapatkan perlindungan Allah.

Malah, sebahagian dari mereka membawa batu dari bukit itu untuk dibawa pulang dan merahmati keluarga mereka.

Ada juga jemaah yang mengutip bijirin yang ditabur untuk burung di Masjidil Haram, atas alasan untuk rawatan kesihatan. Bijirin ini dijual oleh pendatang asing dengan harga SR1 (RM0.85) sepeket. Bijirin itu boleh dibeli di merata tempat berdekatan Masjid Besar.

Apabila seorang daripada jemaah haji ditanya mengapa dia mengutip bijirin itu, Riyasa Ghulam, 60 tahun dari Pakistan berkata, isterinya yang muda enam tahun darinya mandul dan tidak melahirkan anak sepanjang perkahwinan mereka.

“Kami telah mencuba berbagai perubatan tapi gagal. Salah seorang kawan saya suruh saya lakukan umrah dan makan bijirin burung merpati,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here