cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, October 28, 2011

Lelaki terbunuh di libas senjata tajam ketika makan

gambar hiasan

Seorang lelaki mati selepas diserang sekumpulan lelaki ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Bakawali 37, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, lelaki berusia 31 tahun yang sedang makan bersendirian dilibas dengan senjata tajam di bahagian dada, perut dan kepala.

Lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Taman Johor Jaya itu cuba melarikan diri tetapi terus dikejar kumpulan lelaki terbabit. Mangsa rebah di Jalan Bakawali 48, kira-kira 50 meter dari restoran itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian bukan bermotifkan samun kerana barangan milik lelaki itu tidak dilarikan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Roslan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here