cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, April 20, 2011

Pekan Rabu, projek UMNO-BN nak tipu melayu di Johor



20 April 2011 - Para peniaga di Kompleks Pekan Rabu, Johor Bahru, menggesa pihak pengurusan mengambil langkah drastik bagi menghidupkan semula premis tersebut bagi menyelamatkan perniagaan mereka. Wakil peniaga Pekan Rabu, Muhamed Ali, 59, berkata, pengurusan kompleks berkenaan perlu memainkan peranan dalam membantu para peniaga daripada terus mengalami kerugian akibat kekurangan pengunjung.

Beliau berkata, akibat daripada kekurangan pelanggan, para peniaga di sini terpaksa menanggung kerugian yang banyak setiap hari kerana produk jualan tidak dapat dipasarkan.

"Kami sudah menjalankan perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai cara untuk menarik orang ramai datang ke sini, tetapi masih belum mendapat sebarang kata putus mengenainya dan ia masih berterusan sehingga hari ini.

“Mereka perlu melakukan sesuatu bagi membantu peniaga dan jika masalah ini dibiarkan berlarutan maka kami terpaksa menanggung kerugian setiap hari kerana tiada pelanggan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pekan Rabu di sini, hari ini.

Pekan Rabu yang mula dibuka kepada orang ramai pada 2003 itu memiliki 108 premis perniagaan, tetapi hanya 30 premis sahaja yang beroperasi dan selebihnya tidak digunakan.


perosak minda rakyat

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here