cari maklumat di sini
Saturday, March 19, 2011
baru bertatih dalam berpolitik dah nak tunjuk kurang ajar....!!!!
kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi relevan sebagai angkuh.Sebagai pemimpin muda, Rosnah tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati hak rakyat untuk memilih mana-mana parti politik.
Ia adalah suatu kenyataan yang terlalu angkuh daripada seorang pemimpin muda dalam Umno yang hakikatnya baru bertatih mengenali dunia politik sebenar.Kenyataan yang lahir daripada kedunguan dan emosi politik yang terkongkong malah tidak selari dengan perkembangan semasa negara dan dunia yang setiap hari menolak corak pentadbiran dan pemerintahan kuku besi serta monopoli oleh elit-elit politik tertentu yang lazimnya menjadikan rakyat sebagai bahan permainan dan perbodohan..
Rosnah sebenarnya takut dengan pelbagai tawaran Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan rakyat.Bila dia kata PR sudah tidak relevan, Rosnah sebenarnya sedang menampakkan ketakutan dan kegusarannya terhadap pelbagai program Pakatan Rakyat baik yang telah dilaksanakan di peringkat negeri-negeri pentadbiran PR mahupun agenda 10 Janji Jingga PR...
Kenyataan Rosnah sebenarnya hanya mengambil sikap emosi dan prejudis melulu sebagai seorang pemimpin muda Umno BN yang terdesak memastikan survival mereka khususnya dalam PRU13 akan datang.Rosnah telah menyinggung perasaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada PR sehingga memerintah di beberapa buah negeri dalam Malaysia.
Sebagai Timbalan Menteri, Rosnah sewajarnya lebih memposisikan diri untuk kepentingan rakyat tanpa mengira mereka itu penyokong parti mana.Adalah suatu yang amat malang mempunyai seorang pemimpin muda seperti Rosnah yang gagal memahami maksud sebenar sebuah negara yang baik dengan sistem demokrasi yang juga baik serta subur..
Rosnah juga barangkali tertipu dengan beberapa keputusan pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini yang disimpulkan sebagai pulihnya sokongan rakyat terhadap BN, sedangkan hakikatnya ia tidak begitu.
Jadi kita menasihati Rosnah agar belajar menerima hakikat bahawa pembangkang yang baik sangat perlu bagi memastikan ketelusan perjalanan pentadbiran sesebuah negara tanpa ada salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan ketirisan.
Peranan mana-mana atau sesiapa jua sebagai kuasa pembangkang tidak wajar diperlekehkan bahkan sebagai seorang pemimpin muda dalam fasa baru politik Malaysia, kita wajar lebih bersifat terbuka dan berfikiran positif.Pembangkang dalam status politik wajar dilihat sebagai kuasa check and balance. Dan ini semua gagal untuk dilihat dan difahami oleh Rosnah.
Pakatan Rakyat memang sangat relevan dalam negara ini dan kita akan terus mencabar keangkuhan Umno BN..Semalam, Rosnah dalam satu program Umno menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak lagi relevan dan konsisten.
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment