cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki....malaysia jaguh kampung di halaman sendiri....pulun vietnam 2-0



SENGIT...Pemain Vietnam Tram Dong cuba merampas bola daripada pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.Malaysia mengalahkan Vietnam 2-0.



Pasukan Malaysia bakal melangkah kaki ke separuh akhir kedua dengan senyum lebar apabila menundukkan pasukan pelawat, Vietnam 2-0 pada saingan pusingan pertama Kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Rabu.

Pada separuh masa pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan biarpun Vietnam dilihat beberapa kali melakukan serangan, namun benteng pertahanan anak buah K.Rajagobal sukar ditembusi.

Aksi pada babak kedua dilihat semakin sengit, lebih-lebih lagi kepantasan anak buah Henrique Calisto melakukan serangan, namun mereka gagal menembusi gawang Malaysia yang dijaga rapi penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol pertama negara hadir pada minit ke-61 apabila tandukan kencang Safee Sali gagal ditampan kemas penjaga gol Vietnam sekali gus bola menembusi gol pihak lawan.

Suasana sekali lagi meriah dengan sorakan penyokong-penyokong setia Malaysia yang memenuhi setiap ruang di dalam stadium ini apabila Safee sekali lagi menjaringkan gol kedua negara pada minit ke-79.

Jaringan 2-0 kekal hingga ke wisel perlawanan. Skuad Malaysia bakal berkunjung ke Hanoi bagi mengharungi separuh akhir pusingan kedua 18 Disember ini.


MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S.Kunanlan, Mohd Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha (Mohd Amri Yahyah), Mohd Safee Mohd Sali.


VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Huy Hoang, Le Phuoc Tu, Tran Dinh Dong, Vu Nhu Thanh, Nguyen Minh Phuong, Le Tan Tai (Nguyen Viet Thang), Nguyen Vu Phong, Phan Thanh Hung, Pham Thanh Luong, Nguyen Anh Duc

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here