cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, August 21, 2010

projek bulan ramadhan melampau nie....Pelajar kolej ditahan khalwat bersama pasangan di siang hari



TANGKAK, Johor: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditangkap khalwat bersama pasangannya, pelajar tingkatan 4 di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Tasik Ria oleh pihak Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Ledang di sini, kelmarin.

Ketua Operasi, Mohd Zainal Kadiran berkata, ketika serbuan didapati mereka tinggal berdua di sebuah bilik tingkat atas dan sewaktu ditemui remaja lelaki itu hanya berseluar pendek tanpa baju dan pasangannya memakai baju t-shirt hitam dan berseluar trek.

“Pada serbuan tersebut, terdapat dua rakan lelaki itu yang tinggal bersama di rumah dan ketika ditanya mereka tidak tahu dan sedar bahawa lelaki tersebut membawa masuk perempuan.

“Remaja lelaki ini merupakan pelajar semester satu salah sebuah kolej di sini manakala pasangannya adalah pelajar tingkatan empat di Yong Peng. Mereka telah berkenalan hampir sebulan,” katanya

Mohd Zainal berkata, operasi pada jam 11.00 pagi ini dilakukan apabila mendapat maklumat awam.

“Ini merupakan kali kedua remaja lelaki ini ditangkap khalwat. Kali pertama dia dicekup bersama dengan perempuan lain.

“Ketika dicekup remaja lelaki itu memberikan alasan bahawa dia telah bertunang dengan pelajar tersebut tetapi kenyataan itu disangkal ahli keluarganya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ledang,” katanya.

Sementara itu, pelajar perempuan itu pula keluar dari rumahnya sejak Isnin lalu, malah ponteng sekolah ketika diserbu.

“Kedua-dua remaja ini akan disabitkan kesalahan Enakmen 27 Khalwat di bawah Seksyen 27 (1) A dan B di mana akan dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Seterusnya, mereka dibawa ke IPD Ledang bagi membuat laporan berkenaan tangkapan yang dibuat serta operasi yang dilakukan pihak Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Ledang,” katanya. -SH

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here