cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, July 15, 2010

PAS tak perlu bersatu dengan UMNO untuk melaksanakan carahidup Islam

PAS dan UMNO umpama binaan atau rumah sahaja.Sedangkan yang berada di dalamnya ialah manusia yang makan, minum dan memerlukan antara satu sama lain.Itulah yang boleh dikatakan mengenai penyatuan PAS dan UMNO yang didakwa boleh membawa kepada perlaksanaan carahidup Islam di negara ini.

Sebagai dua buah rumah yang berbeza bagaimana penyatuan boleh dilakukan?Logiknya tidak ada kerana masakan dua buah rumah yang dibina di tempat berlainan dan dengan struktur dan teknologi binaan yang berbeza boleh disatukan?

Maknanya kenyataan bahawa Islam boleh ditegakkan di negara ini sekiranya PAS dan UMNO bersatu tidak mempunyai asas langsung.Yang lebih berasas ialah saranan untuk merobohkan kedua dua rumah dan dibina rumah baru dengan struktur dan teknologi yang dipersetujui bersama.Persoalannya adakah UMNO akan bersetuju dengan saranan ini?Struktur dan teknologi yang hanya boleh diterima oleh PAS ialah struktur dan teknologi yang asasnya taqwa dan tiangnya solat .Sanggupkah UMNO menerima struktur dan teknologi ini dalam membina rumah baru?

Setakat ini kenyataan kenyataan dari kem UMNO tidak pernah menyentuh perkara ini.Ianya tetap berlegar dengan asas yang sama ia itu untuk kepentingan dan perpaduan melayu Islam(dan melayu murtad mungkin).UMNO tidak pernah menyentuh bagaimana mereka mahu menerima carahidup Islam sepenuhnya malah tindak tanduk mereka tetap seperti biasa tanpa adanya roh Islam dalam perlakuan harian mereka.

UMNO sudah beberapa kali menyebut kerjasama dengan PAS demi kepentingan melayu Islam tetapi sehingga kini tidak pernah menyentuh bagaimana mereka mahu bertindak untuk menyelesaikan misteri pembunuhan Altantuya, bagaimana mereka mahu bertindak dengan kes liwat DSAI yang semakin ketara diadili secara berat sebelah, bagaimana mereka mahu bertindak untuk mengatasi insiden buang bayi dan perlakuan sumbang pemimpin mereka bersama puteri UMNO.

UMNO kelihatan tidak ikhlas apabila menganjurkan penyatuan dengan PAS.Dan sememangnya UMNO tidak akan ikhlas selagi mereka tidak menyatakan dengan jelas bahawa UMNO dan PAS perlu dibubarkan dan diganti dengan satu jemaah Islamiah yang menyatukan ahli ahli dan penyokong kedua dua parti berasaskan taqwa dan bertiangkan solat.

Mesej dari PAS cukup jelas mengenai perkara ini seperti dinyatakan oleh TGNA dan seperti disebut oleh Naib presidennya, Yb Mahfuz Omar.PAS tidak perlukan UMNO untuk berusaha melaksanakan cita cita carahidup Islam tetapi memerlukan pemurnian fikrah ahli ahli UMNO.Cabaran PAS bukannya UMNO tetapi ahli ahli dan penyokong UMNO yang perlu disedarkan mengenai carahidup Islam yang ditolak UMNO tetapi ingin ditegakkan oleh PAS.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here