cari maklumat di sini

Your Ad Here

Sunday, October 30, 2011

Lelaki BUNUH dan kemudian MENYIMEN Gadis Didakwa

 

Seorang penganggur yang dipercayai melarikan diri setelah terlibat dalam pembunuhan tragis seorang gadis dengan mayatnya disumbat dan disimen dalam lubang, akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, di sini, semalam, selepas tujuh tahun berlalu.

Kher Then Hock, 37, didakwa membunuh See Sheau Fang, 18, di sebuah rumah, Jalan Wira 24, Taman Perwira, Sijangkang, Telok Panglima Garang, antara 9.30 pagi dan 5.30 petang, 28 Februari 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Pendaftar, Rozaidi Yaacob.

Selain dituduh membunuh, lelaki tersebut turut didakwa atas tuduhan melarikan diri daripada tahanan polis ketika dia ditahan dalam lokap Balai Polis Tanjung Sepat, Kuala Langat di sini, antara 6.30 dan 7.30 pagi, 13 Mac 2004 .

Kali ini dia didakwa mengikut Seksyen 224 kanun sama dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Ridhuan Abdullah dan kes akan disebut 8 November depan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, selepas dibunuh mayat gadis malang itu disumbat dalam lubang sedalam 1.52 meter yang digali dengan jengkaut, kemudian disimen di hadapan rumah tersebut.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang pada 26 Februari 2004 dan kali terakhir dilihat ke-luar makan bersama beberapa rakannya menaiki sebuah kereta.

Then Lock dikatakan melarikan diri menerusi siling tandas balai polis itu, selepas lima hari ditahan berhubung siasatan terhadap pembunuhan itu.

Selepas tujuh tahun menjadi pelarian dipercayai menggunakan identiti dan kad pengenalan lain, dia ditangkap pada 5 Oktober lalu di Masai, Johor selepas dipercayai terlibat dalam kes curi sebuah kereta mewah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here