cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, October 9, 2010

seorang lagi bakal graduan sekolah hamil binatang ali rustam....budak umur 14 tahun jadi bohsia....!!!



SETIU - Gara-gara terlalu mudah mempercayai lelaki, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan sahaja menjadi mangsa rogol teman lelakinya, malah kehormatannya turut diragut beberapa lelaki lain sejak awal tahun sebelum keluarganya bertindak membuat laporan polis.

Perkara itu terbongkar selepas ibu bapa gadis sunti terbabit mendapati anaknya tiada di rumah dipercayai bermalam bersama teman lelakinya di Kampung Bukit, Sungai Tong, selain gagal tiba di rumah sebelum kedua orang tuanya bangun daripada tidur.

Dalam kejadian Jumaat lalu, teman lelaki mangsa, seorang buruh berumur 24 tahun mengambil mangsa di rumah sekitar jam 2 pagi sebelum menghantar semula pada jam 7 pagi, hari sama selepas dipercayai merogol mangsa.

Bagaimanapun, mangsa yang tinggal di Kampung Pak Kancil enggan pulang ke rumah, sebaliknya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran kerana bimbang perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya terbongkar dan diketahui keluarga.

Namun, selepas hampir 12 jam bersembunyi di kawasan hutan tersebut mangsa berjaya dikesan ahli keluarganya sebelum kedua ibu bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu kira-kira jam 7 malam.

Ketika disoal siasat, mangsa mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki berbeza termasuk teman lelakinya.

Sehubungan itu, polis kini sedang giat memburu beberapa suspek termasuk suspek utama iaitu teman lelakinya bagi membantu siasatan.

Pelajar 14 tahun jadi mangsa seks beberapa lelaki

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menahan tiga lelaki dalam lingkungan usia 20-an sejak menerima laporan itu.

“Dua pemuda ditahan di sebuah kedai di Sungai Tong, Selasa lalu, manakala seorang lagi pemuda ditahan kelmarin, bagi membantu siasa-tan dan polis kini sedang giat memburu suspek utama berumur 24 tahun yang juga teman lelaki mangsa,” katanya.

Shaik Othman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

SH

Perisik seksi muncul pulak di Kazakhstan



ANNA CHAPMAN (kiri) dikawal oleh seorang lelaki di sebuah pusat pelancaran roket Rusia di Kazakhstan kelmarin.

BAIKONUR - Pengintip seksi Rusia, Anna Chapman membuat kemunculan mengejut di selatan Kazakhstan apabila dia melambaikan tangan sebagai tanda untuk mengucapkan selamat jalan kepada tiga angkasawan yang berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Chapman yang memakai kot merah menghadiri majlis ucap selamat jalan kepada angkasawan AS, Scott Kelly dan dua angkasawan Rusia di sebuah balai berlepas di sini kelmarin.

Kumpulan angkasawan itu berlepas dengan menaiki roket Soyuz TMA01M dari sebuah pusat pelancaran di sini.

Angkasawan itu akan berada di ISS selama lima bulan.

Chapman, 28, memberitahu seorang wartawan bahawa dia baru tiba di ISS semasa ditanya mengenai kehadirannya tanpa mengulas lanjut.

Diiringi seorang lelaki sasa yang menghalang kumpulan wartawan daripada menghampirinya, dia kemudian menuju ke sebuah rumah tetamu yang dikawal rapi berhampiran pelantar pelancaran.

Wanita cantik berambut merah itu adalah antara 10 ejen Rusia yang diusir dari AS pada 10 Julai lepas kerana kesalahan mengintip.

Gambar-gambar seksinya yang terpapar di beberapa laman jaringan sosial menyebabkan Chapman menjadi popular di Barat. - AP
 

Najib sekalipun calon, PAS tetap lawan



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika Datuk Seri Najib sekalipun menjadi calon Umno di Galas, PAS tetap akan bertanding.

Ianya kerana PAS telah menetapkan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil tersebut yang dijadual 4 November ini.

"Kita akan melawan siapa sahaja, kalau Datuk Seri Najib yang bertanding sekalipun kita akan lawan.

"Kita sudah buat keputusan untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan petugas media berhubung respon Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) hari ini.

Ku Li pagi tadi menjelaskan beliau menerima tawaran sebagai Pengarah Pilihan Raya Galas, namun berhubung calon, beliau belum boleh memberi keputusan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu menyentuh soal calon Umno kerana itu hak mereka.

Namun bagi PAS beliau berkata, parti itu mengambil kira semua aspek dalam menentukan keberkesanan kempen pada pilihan raya itu nanti.

Ianya termasuk soal isu yang akan dibangkitkan yang dijangka sedikit berbeza dari PRK Manek Urai lalu memandangkan Galas lebih dekat dengan kawasan pekan.

"Dalam isu tempatan sudah tentulah berubah, masyarakatnya berbeza.

"Di Galas ada org asal, Tiong Hua, oleh sebab itu pendekatan, kita ambil kira.

Ditanya soal calon PAS, beliau memberitahu sedang menunggu mesyuarat PAS Kelantan yang akan memutuskannya dalam masa terdekat.

"Kita menunggu mesyuarat PAS Kelantan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Briged Dewan Muslimat PAS (Briged Muslimat) di sini.

HD

pesta PRK kembali lagi.... Ahli parlimen Batu Sapi terbunuh dalam kemalangan




Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.
Mendiang berusia 54 tahun.

Menurut the Star Online, Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya.

MK

Friday, October 8, 2010

Kes Sosilawati: Jesyntha, Isteri Kedua peguam dajjal Ditahan



Selepas bersembunyi dan menjadi buruan polis sejak identitinya didedahkan Isnin lalu, wanita paling dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditahan polis sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, petang semalam.

Jesyntha, 27, yang alamat terakhirnya di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor, sebelum ini gagal dikesan dan bersembunyi selepas menjadi buruan polis.

Difahamkan, dia yang juga isteri kedua kepada seorang daripada suspek kes pembunuhan kejam itu dikehendaki kerana dipercayai mempunyai maklumat mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Jesyntha hadir menyerah diri bersama peguamnya kira-kira jam 5 petang dan polis menahannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik terbabit.

Pusat Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam, melalui laman web facebook rasmi PDRM memaparkan maklumat terkini mengenai penahanan terbabit, namun beberapa pegawai PDRM yang dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya enggan memberi ulasan.

Difahamkan, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap wanita terbabit hari ini.

Selasa lalu, wajah dan maklumat wanita itu tersebar kepada umum melalui media dan orang ramai diminta membantu polis untuk mengesannya.

Sementara itu, tiga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya ditahan semula semalam bagi membantu siasatan kes kehilangan dua ahli perniagaan yang dilaporkan hilang awal tahun ini. -hmetro

Rumah Remaja Hamil Luar Nikah dah lama ada di Malaysia



Rumah perlindungan remaja hamil luar nikah serta ibu muda tanpa status perkahwinan dah lama ada di Malaysia, sejak tahun 1975 lagi. Dan sekarang kerajaan beri peruntukan RM 2.3 Juta untuk 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini. Habis tu, kenapa bila Melaka buat Sekolah Remaja Hamil , semua pihak baru nak buka mata ? Baru nak kritik ? Baru nak pertikaikan ?

Kenapa tak pertikaikan mana pergi peranan umat Islam, NGO Islam, Persatuan Islam, JAKIM , Majlis Agama selama ini untuk menangani masalah remaja hamil luar nikah ?

Kita dah ada penjara untuk rumah perlindungan penjenayah kecil dan penjenayah kejam. Kita dah ada rumah perlindungan pesakit HIV, penagih dadah dan lain-lain.

Apa masalahnya dengan Sekolah Remaja Hamil ?

Cuma yang umat Islam kurang peka ialah rumah perlindungan remaja hamil luar nikah, rumah perlindungan isteri yang didera, anak-anak yang didera. Juga rumah perlindungan saudara baru yang disisihkan keluarga mereka.

Siapa 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini ? NGO Islam atau NGO bukan Islam ?



Thursday October 7, 2010


JKM Peruntuk RM2.3 Juta Kepada NGO Bantu Sediakan Khidmat Rumah Perlindungan


KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukan RM2.3 juta khusus buat 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat rumah penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak hamil luar nikah dalam negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukan itu merupakan satu galakan kepada NGO yang bersama-sama berganding bahu dengan JKM dalam menangani aspek itu sejak 2006.

Katanya rumah-rumah perlindungan yang disediakan sentiasa dipantau oleh JKM untuk memastikan khidmat yang disediakan selaras dengan objektif kerajaan.

Beliau berkata rumah-rumah perlindungan itu mula ditubuhkan sejak 1975 dan memberi perlindungan serta pemulihan kepada hampir 20,000 kanak-kanak dan gadis bermasalah.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini Khamis, beliau berkata, perkara itu tidak dihebahkan kerana menghormati sensitiviti negara terhadap permasalahan ini. "Kami tidak uar-uarkan perkara ini sebelum ini kerana kami percaya bahawa perkara seperti ini begitu sensitif sekali. Jadi sudah tiba masanya rakyat mengetahui bahawa rumah perlindungan ini memang sudah ada sejak 1975," katanya.

Shahrizat berkata JKM sendiri turut menyediakan empat rumah perlindungan Taman Seri Puteri yang menempatkan 976 orang penghuni dalam tempoh lima tahun ini.

Menurutnya selain memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada gejala sosial, keruntuhan akhlak dan hamil luar nikah, institusi ini juga antara lain menyediakan kemudahan akademik, kemahiran vokasional, perkhidmatan kaunseling, dan pendidikan keagamaan. - BERNAMA

mstar

JENAYAH 1 MALAYSIA.....BILA PEMIMPINNYA MEMIJAK UNDANG2....Mati perut dirobek



KOTA KINABALU: Seorang gadis berusia 14 tahun ditemui mati dengan sekurang-kurangnya lima kesan tikaman menggunakan tiga senjata tajam berbeza dalam kejadian pembunuhan kejam di Kampung Biah, Keningau, kelmarin.

Selain kesan tikaman, terdapat satu kesan luka besar pada perut mangsa yang ditemui terbaring berlumuran darah di rumahnya dipercayai dirobek dengan senjata tajam oleh penyerangnya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu.

Difahamkan, mangsa, Nassirah Jasto yang tidak bersekolah dan tinggal bersendirian di rumahnya ketika kejadian kerana ibunya keluar mengambil adiknya di sekolah kira-kira jam 12 tengah hari, manakala bapanya bekerja di sebuah kilang papan di Keningau.

Bagaimanapun, sekembalinya ibu mangsa yang berusia 30-an ke rumah kira-kira setengah jam kemudian dia mendapati anak gadisnya itu terlentang di dapur dengan keadaan berlumuran darah.

Wanita berkenaan kemudian berlari keluar rumah dalam keadaan panik untuk meminta tolong daripada jirannya supaya memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan anggota polis dikejarkan ke rumah mangsa untuk siasatan lanjut.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui remaja perempuan itu terlentang dengan satu kesan tikaman besar menggunakan senjata tajam dipercayai parang di perut mangsa, manakala beberapa kesan tikaman lain di badan dipercayai menggunakan gunting dan pisau.

“Mangsa ditemui lengkap memakai seluar serta kemeja dan sepasukan anggota unit forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Zahari berkata, hasil siasatan awal pihaknya menemui beberapa senjata yang digunakan suspek iaitu sebilah parang, pisau dan gunting di tepi mayat mangsa.

“Selepas beberapa jam menjalankan siasatan, kami menahan seorang lelaki berusia 37 tahun pada kira-kira jam 5 petang pada hari sama dipercayai dapat membantu siasatan lanjut.

“Suspek yang juga jiran mangsa ditahan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan polis sudah mendapat perintah reman untuk menahannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana keadaan rumahnya menunjukkan tiada kesan diusik dan semua dalam keadaan baik.

“Hasil siasatan awal juga pihak polis percayai pembunuhan itu bermotifkan dendam atau cemburu. Bagaimanapun kami masih menjalankan siasatan,” katanya.

Zahari berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis Keningau di talian 087-332222 bagi membantu siasatan.

HM

Thursday, October 7, 2010

Zaid mahu dakwaan Rahimi disiasat Anggota Majlis Pimpinan Pusa



Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah.

"Ia mungkin benar, mungkin tak," kata Zaid dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, ketika merujuk kepada sidang akhbar Rahimi Osman mengenainya semalam.

Tidak seperti banyak pemimpin PKR yang lain, Zaid memilih untuk tidak mempertikai dakwaan Rahimi yang dia dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Membandingkan Rahimi dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 sebelum melarikan diri ke luar negara, Zaid berkata, kedua-dua kes tersebut ada persamaannya.

"Kesnya sama seperti PI Bala. Jika anda mahu menyiasat dakwaan Bala, anda juga perlu menyiasat Rahimi... Anda tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," kata Zaid.

PKR nafi arah gagalkan sidang media Rahimi

PKR hari ini menafikan parti itu terbabit dengan percubaan menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang semalam.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan oleh Rahimi Osman, seorang bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipercayai akan menyentuh berhubung perbicaraan liwat terhadapnya.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang semalam, tetapi kemudiannya dibatalkan berikutan kemunculan kumpulan berkenaan.

“Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej parti.

“Saya ingin tegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya naib presiden parti ataupun pembantu khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media,” kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PKR juga berpendapat bahawa Rahimi telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.

“Kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini,” katanya lagi.

Rahimi dalam laporan polisnya, semalam mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan polis Rahimi itu, akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.

Pada hari itu, Anwar dan para penyokongnya berkumpul di Hotel Quality, beberapa jam selepas Saiful membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini (semalam) yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya. -mk

Wednesday, October 6, 2010

PRK Galas....Sewa Rumah Naik Berpuluh Kali Ganda



Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.

Tinjauan mendapati sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas.

Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata, harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu.

"Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tinjauan juga mendapati kadar sewa hotel turut meningkat disebabkan permintaan yang tinggi.

Jika sebelum ini kadarnya RM150 sehari kini kadarnya ialah RM200 sehari.


Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

“Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

“Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

“Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti,” tegasnya. -harakahdaily

Bekas Konstabel Polis Dihukum Gantung Sampai Mati Bunuh Anak Bekas S/U UMNO



SHAH ALAM: Seorang bekas konstabel yang dituduh membunuh anak lelaki bekas Setiausaha Umno bahagian Klang, Shohimi Shafie dan pengasuhnya, tujuh tahun lalu, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu terhadap Mohd Nahar Abu Bakar, 34, dari Taman Desa Rhu, Negeri Sembilan, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan.

Dia yang ditangkap pada 16 Oktober 2009, selepas enam tahun diburu polis didakwa membunuh Muhammad Nurosama, 2, dan pengasuh kanak-kanak itu, Siti Rohana Baharom, 34, di Flet Cempaka, Bandar Baru Klang, pada jam 1 tengah hari, 30 Disember 2003.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, bekas anggota polis berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Amir Khusyari Mohd Tanusi.

Sepanjang perbicaraan sejak 26 Mei lalu, pihak pendakwa memanggil 17 saksi manakala peguam bela menampilkan saksi tunggal iaitu tertuduh.

Berita sebelumnya:


Keputusan Kes Bunuh Anak Bekas Setiausaha UMNO Klang 5 Oktober

SHAH ALAM: Nasib seorang bekas konstabel polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh anak ketiga bekas setiausaha Umno Bahagian Klang, Shohimi Shafie dan juga pengasuh kanak-kanak tersebut akan diketahui pada 5 Oktober depan.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu pada Khamis, selepas pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan ke atas Mohd Nahar Abu Bakar, 34, selesai mengemukakan hujahan di akhir pembelaan.

Perbicaraan melibat keterangan 17 saksi pendakwaan dan Mohd Nahar yang memberi keterangan secara bersumpah semasa membela diri, tidak mengemukakan saksi lain untuk menyokongnya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail manakala peguam Amir Khusyairi Mohd Tanusi mewakili Mohd Nahar, yang dibuang kerja pada 21 Mei 1999 kerana kesalahan dadah dan pecah rumah serta telah dihukum penjara selama enam bulan pada 2000.

Tertuduh yang pernah berkhdimat di Balai Polis Kampung Baru, Manjung, Perak, didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, dua tahun setengah dan Siti Rohana Baharom, 34, pada pukul 1 petang, 30 Disember 2003.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah Siti Rohana, di alamat B-5-19, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, Klang, dekat sini.

Tertuduh yang tamat pelajaran sekolah menengah telah melarikan diri dan hanya ditangkap enam tahun kemudian semasa ditahan kerana cukai jalan keretanya tamat tempoh.

Dia didakwa untuk kali pertama di Mahkamah Majistret Klang pada 20 Oktober 2009.

Tertuduh mengenali Siti Rohana menerusi teman wanitanya, Normah Jantan, seorang pelayan kelab malam yang merupakan sepupu kepada mangsa.

Siti Rohana juga memelihara anak Normah, Siti Aishah yang tidak pernah mengetahui siapa ibu kandungnya sebelum kejadian.

Berdasarkan keterangan Siti Aishah, dia yang semasa itu berumur sembilan tahun melihat tertuduh bertengkar dengan Siti Rohana kerana mangsa enggan memberikan wang yang diminta.

Tertuduh kemudiannya bertindak menikam dada Siti Rohana manakala Muhammad Nurosama ditikam dua kali di bahagian belakang semasa sedang menonton televisyen.

Semasa mayat ditemui, Siti Rohana masih mengenggam wang RM21 ditangannya.

Keterangan Normah pula mengatakan, dia yang menunggu tertuduh di dalam kereta di bawah flat, melihat tertuduh mengambil pisau dari tempat letak barang kereta.

Tertuduh kemudiannya naik semula ke flat dan turun dalam keadaan baju yang berlumuran darah sebelum terus memecut.

Pembelaan tertuduh pula mengatakan dia datang ke flat itu untuk menghisap dadah bersama kawannya, ‘Wan gemuk’ dan tidak pernah melakukan jenayah seperti dipertuduhkan. -mstar

Tuesday, October 5, 2010

tak nak tapi menghina islam...Bini Najib sanggup minta 'sedekah' di belgium

Rosmah minta 'sedekah' di Belgium



Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya

Nik Aziz ziarah mediang isteri Lee Kuan Yew



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Kwa Geok Choo, isteri bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Mendiang Kwa adalah ibu kepada Perdana Menteri republik ini sekarang, Lee Hsien Loong.

Nik Aziz diiringi anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa dan timbalan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura Dr Ahmad Faisal Muhamad semasa mereka tiba di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di Singapura.

Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Hari ini adalah hari terakhir untuk orang ramai menziarahi memberi penghormatan sebelum jenazahnya dibawa ke Mandai Crematorium esok untuk upacara terakhir.

- Bernama

AWAS Perangkap Anak-anak Perempuan Islam

Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.

Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa.

Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara. Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.


Ustaz Nor Amin

Kecewa..punya hal ... Lim letak jawatan penasihat




Penasihat dan bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menulis memaklumkan kepada parti itu berhubung keputusannya.

Katanya, beliau kecewa dengan cara presiden parti itu sekarang, Tan Sri Koh Tsu Koon menangani konflik yang melanda parti berkenaan.

"Beliau seseorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain,” katanya ketika menghadiri konvokesyen Universiti Terbuka Wawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Lim, sikap Koh yang sentiasa ‘melepaskan tangan’ telah mendatangkan banyak masalah dalam parti.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu akan diserahkan kepada ibu pejabat parti Gerakan, hari ini.

Malaysiakini

Monday, October 4, 2010

bukan calon sekolah hamil bapak anak haram ali rutam ke......???.... Khemah dalam hutan untuk melampiaskan nafsu ...!!!!



Dua lelaki dan seorang gadis sanggup membina khemah yang dilengkapi tilam di bawah rimbunan perdu pokok buluh di tepi hutan sebagai tempat melampiaskan nafsu. Mereka yang berusia 21 tahun itu dikatakan mendirikan khemah berkenaan sebelum Ramadan lalu apabila banyak kondom baru dan lama ditemui bertaburan di sekitarnya.


Lokasi maksiat itu hanya kira-kira 100 meter dari rumah seorang penduduk di Simpang Perah, Kampung Kuala Rui. Mereka meninggalkan motosikal mereka dalam semak dan berjalan kaki kerana sebatang balak yang tumbang menghalang laluan ke lokasi khemah berkenaan. Bagaimanapun, hajat mereka bertiga untuk melampiaskan nafsu terbantut apabila lokasi rahsia itu diserbu sekumpulan penduduk termasuk Ketua Kampung Kuala Rui kira-kira jam 10.15 malam kelmarin.


Empat pegawai Pejabat Agama Islam Gerik diketuai Mohd Ikbal Mohd Rosli dan dua anggota Rela turut bergegas ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengah malam semalam selepas dimaklumkan penduduk. Pihaknya terkejut selepas mendapati tempat itu begitu selesa kerana bukan saja terletak di bawah rimbunan pokok buluh, malah juga mempunyai khemah yang dibina supaya terhalang daripada pandangan umum dan hujan.


“Selain itu, sebuah tilam turut diletakkan dalam khemah berkenaan. Kami menemui banyak kondom baru dan lama di sekitar khemah berkenaan sebagai bukti mereka sering melakukan perbuatan tidak bermoral di situ. Bagaimanapun, ketika disoal siasat, mereka mengaku tidak sempat melakukan seks ketika serbuan itu". Menurutnya, dua lelaki dan seorang gadis itu adalah dari luar kampung terbabit, manakala gadis berkenaan bekerja di sebuah pusat ternakan ikan di Tasik Banding. “Ketiga-tiganya turut mengaku mendirikan khemah sejak sebelum Ramadan lalu

berok mengadu monyet pandai panjat pokok....!!!!





Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'.

Beliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah.


Hamim (atas) bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya.

Beliau sebaliknya hanya membaca surah al-Fatihah dan berdoa untuk perpaduan umat Islam dan pemimpinnya di luar balai selepas membuat aduannya.

Hamim kemudian beredar daripada tempat itu tanpa mempedulikan wartawan yang mengejarnya sampai ke kereta.

Bagaimanapun, tampil berpakaian serba hitam - termasuk berkaca mata gelap - pegawai kerajaan itu sempat melambai dan tersenyum kepada pihak media yang menunggunya kira-kira sejam.

Menurut Arman Azha, laporan polis Hamim itu dibuat terhadap akhbar dan wartawan portal itu Boo Su-Lyn yang didakwa menyalahtafsirkan kenyataannya dan menyelinap dalam program tertutup mereka.



Menurut Arman Azha ( atas ) lagi, tindakan Boo Su-Lyn itu yang "menyalahtafsirkan" kenyataan Hamim itu boleh "menggugat muhibah dan keamanan kaum".

"Kami PERKASA berdiri teguh di belakang beliau (Hamim). Itu adalah program tertutup. Media harus hormat," kata Arman Azha lagi.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

Siapa Sebenarnya Pembunuh Sosilawati?



Kita membaca pelbagai laporan akhbar serta menonton televisyen berhubung berita perkembangan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 mangsa lain.



Terbaharu, anggota polis bertugas menjaga Ladang Gadong, Teluk Sepat, Banting, Selangor, dipercayai lokasi pembunuhan minimum 7 mangsa dikatakan diganggu suara meminta tolong pada waktu malam. Kesahihan berita itu tidak dapat disahkan. Namun, bilangan anggota polis bertugas memantau kawasan terbabit dilaporkan ditambah.


Apapun, melihat bilangan korban di ladang itu, saya tidak hairan jika dakwaan terbabit benar.

Setakat ini 4 daripada 8 suspek diberkas polis dilaporkan mengaku membunuh semua mangsa. Manakala peguam berusia 41 tahun dan adiknya, 38 tahun dianggap dalang atau perancang kepada pembunuhan terbabit.

'Pembunuh' jika menggunakan senjata api ditakrifkan sebagai individu memetik picu senjata, the one who pulls the trigger. Jika senjata tajam seperti pisau digunakan, pastinya takrifan itu berubah kepada individu menikam mangsa sehingga mati.

Pembaca pastinya ingat, 2 kereta milik Datuk Sosilawati dan peguamnya ditemui di Subang Jaya. Jika diperhatikan gambar di akhbar, kenderaan terbabit mempunyai kesan tanah di bahagian luar. Kemudian perhatikan pula jalan masuk ke ladang dipaparkan semua akhbar, tidak bertar. Justeru hemat saya, wujud kebarangkalian kedua kereta jenis BMW itu digunakan untuk membawa mangsa ke ladang sama.

Jika premis itu benar, siapakah pemandu kereta membawa kesemua mangsa memasuki lokasi kejadian? Semestinya, individu dikenali dan selesa kepada mangsa.

Persoalan lebih signifikan, siapakah berada di lokasi kejadian sewaktu pembunuhan dilakukan? Hanya 4 suspek dilaporkan membuat pengakuan? 6 suspek termasuk 2 wanita? Atau kesemua 8 suspek?

Jadi siapa sebenarnya membunuh mangsa? Setakat ini polis memberikan gambaran hanya 4 pekerja ladang bertanggungjawab membelasah, membunuh, membakar dan mencampakkan abu mayat mangsa ke sungai.

Adakah kenyataan itu benar? Maksudnya suspek utama tidak terbabit langsung secara FIZIKAL membunuh Datuk Sosilawati.

Setakat ini 4 suspek disoal siasat, mengaku membunuh mangsa manakala 2 suspek utama bertindak melantik peguam untuk membela mereka di mahkamah.

Berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang guaman, saya yakin 100% 2 suspek utama tidak akan mengaku bersalah sewaktu didakwa di mahkamah kelak sekaligus bakal memohon untuk dibicarakan. Perbicaraan saya ramalkan bakal mengambil tempoh lama, berbulan atau bertahun.

Someone is innocent until proven guilty, maksudnya selagi tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak disabitkan di mahkamah, mereka tidak bersalah.

Melalui pengamatan, bahu majoriti suspek lain ketika bergari lazimnya kelihatan sedikit 'jatuh' seperti juga 'semangat' mereka pada waktu itu. Namun melihat penampilan suspek utama ketika diiringi polis ke pejabatnya di pekan Banting tempoh hari, kejadian itu tidak berlaku.

Setiap langkahnya diatur cermat, bahunya naik dan wajahnya selamba.

Azmin dan Zaid..malulah sikit dengan pimpinan PAS



Persaingan berpuak dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula memuncak dengan dua pemimpin pusat parti itu menggesa agar Datuk Zaid Ibrahim, yang menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden, tidak dipinggirkan menerusi serangan bertubi-tubi.

Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) N. Gobalakrishnan yang mempertahankan Zaid daripada serangan kumpulan yang memihak Azmin Ali mempersoalkan kenyataan terbuka Naib Presiden Dr Lee Boon Chye.

Azmin yang mendahului senarai pencalonan juga merupakan naib presiden.

“Sungguh aneh pemimpin-pemimpin ini bercakap kepada media mengenai isu ini. Mengapa sekarang Lee mengkritik Zaid (hanya) kerana memberi temu bual kepada media?” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai ini mendakwa “adalah jelas Zaid secara terus-menerus dipinggirkan dalam parti.”

Cabang Padang Serai akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan Ahad ini selepas ditangguhkan dua minggu lalu.

“Pelbagai insiden ketika pemilihan cabang PKR di seluruh negara sejak dua minggu lalu menunjukkan bahawa sentimen anti-Zaid sedang diatur sedemikian rupa dalam parti oleh mereka yang berjawatan tinggi dalam parti,” kata beliau lagi.

Gobalakrishnan berkata, persoalan sekarang ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap perkembangan tersebut sekarang ketika PKR mengadakan pemilihan secara langsung.

“Menilai daripada kenyaatan-kenyataan yang datang daripada pemimpin kita sendiri termasuk Ketua Umum yang memberi amaran kewujudan kuda-kuda Trojan dalam parti, saya hanya boleh merumuskan bahawa orang-orang ini sememangnya dalam satu kumpulan — kumpulan yang mahukan Azmin menewaskan Zaid dalam saingan jawatan timbalan presiden,” katanya lagi.

Gobalakrishnan seterusnya berkata adalah “saya salah dalam membuat andaian ini?”

“Berdasarkan apa yang berlaku dalam parti, saya rasa tidak. Saya sudah mula mempercayai cerita-cerita mengenai Azmin adalah betul sekarang,” katanya yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden.

Katanya, adalah sesuatu yang menyedihkan buat parti kerana terpaksa melupakan tujuan dan prinsip hanya kerana mahu memastikan Azmin menang mudah dalam pemilihan bagi jawatan tertinggi parti.

“Saya berharap ia tidak berlaku. Biarkan PKR kekal bebas dan terbuka menghadapi pemilihan,” katanya lagi.

Kata Gobalakrishnan, ini bukan kali pertama kenyataan-kenyataan sentimen anti-Zaid muncul di kalangan pemimpin parti.

“Malah pengarah komunikasi parti seperti Nik Nazmi Nik Ahmad memilih untuk menyertai serangan ke atas Zaid Ibrahim, yang memperlekehkan jawatannya yang sepatutnya kekal berkecuali.

“Dan, kita ada timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang menyertai senarai (yang mengecam Zaid). Kemudian Naib Presiden R. Sivarasa, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Tian Chua yang meneruskan serangan,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan bertajuk “lebih banyak pemimpin pembaharuan diperlukan, Jeffrey menggesa kesemua pemimpin agar menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap persaing jawatan timbalan presiden Zaid.

“Saya ada membaca kenyataan naib presiden Dr Lee Boon Chye semalam dan saya merasakan kesesuaian masa kenyataan itu sungguh malang sekali khususnya dengan mesyuarat cabang sedang berlangsung hujung minggu ini,” kata beliau.

“Saya juga ada membaca pelbagai wawancara yang diberikan oleh Zaid kepada media.

“Saya merasakan ia membawa aspirasi beliau kepada parti. Beliau tidak mempersalahkan sesiapa (dalam menghadapi saingan) sebagaimana dikatakan oleh Lee,” kata pemimpin dari Sabah ini.

Justeru tegas Jeffrey, kesemua pemimpin parti perlu mengalu-alukan saranan-saranan konkrit oleh mana-mana pihak untuk memperbaiki perjuangan parti.

“Sesetengah saranan Zaid boleh membantu kita untuk mencapai matlamat buat rakyat.

“Parti memerlukan lebih banyak pemimpin yang mahu membawa pembaharuan. Ia juga memerlukan pemimpin berfikiran terbuka, yang boleh bergerak ke depan,” katanya lagi.

Semalam, Zaid menjadi tumpuan kenyataan dua pemimpin kanannya ekoran beberapa tulisan dan pandangan terbuka beliau yang dilihat sebagai menjejaskan imej parti itu termasuk pemilihan secara langsung “bersejarah” yang sedang berlangsung.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu yang mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi tidak memutuskan sebarang tindakan disiplin ke atas Zaid berhubung kenyataan beliau baru-baru ini mengenai pemilihan yang sedang berlangsung.

“Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa–apa keputusan yang telah diambil untuk apa–apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Dalam kenyataannya bertajuk “Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap PKR dan pemilihan parti” berkata, parti itu kebingungan dengan keluhan anggota Majlis Pimpinan Pusat itu yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar “Gestapo”.

“Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu?

“Apakah beliau lupa serangan bertubi–tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?” kata beliau yang dicalonkan untuk mempertahan kerusinya.

Lee menambah, Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang PKR sedangkan mereka mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.

Sementara 34 cabang akan mengadakan mesyuarat esok dan lusa dalam pusingan terakhir manakala pusat pula mulai hujung bulan ini.

Sharpshooter :- Antara Azmin, Zaid dan Mustaffa, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, tidak ada pemimpin yang sempurna. Berkempenlah secara sihat. Ingatlah umno sentiasa mengambil kesempatan dan akan mengeruhkan suasana dan mahumenghancurkan Keadilan.

Janganlah pula nanti menang sorak kampong pula tergadai...gajah sama gajah bergaduh, kancil mati ditengah-tengah.

Contohilah PAS sewaktu mereka berkempen dalam pertandingan. Apakah anda sebagai pimpinan tinggi Parti Keadilan tidak merasa malu dengan Pimpinan PAS tentang apa yang berlaku sekarang?

Disiplin dan akhlak Pimpinan PAS wajar dicontohi sewaktu mereka berkempen. Ustaz Nasa, Mat Sabu dan Husam Musa juga pernah bertanding 3 penjuru untuk jawatan no 2 dalam PAS tetapi tidaklah sekecoh Azmin, Zaid dan Mustaffa.

Mereka juga tidak sependapat adakalanya tentang beberapa isu dan hal dalaman parti dan mereka ada pengikut masing-masing, mereka juga berkempen tetapi mereka tidak sekecoh sangat seperti Keadilan. Tarbiah dalam PAS wajib dicontohi oleh Keadilan.

Tidak boleh dinafikan juga, media arus perdana milik umno akan mengeruhkan lagi suasana kerana mereka tahu kekuatan Keadilan kini amat menggerunkan BN dan mereka tahu laporan risikan tentera, SB dan badan-badan penganalisa politik di Malaysia mengatakan bahawa dalam PRU 13, Pakatan Rakyat akan berjaya menawan Putrajaya.

Ingatlah jawatan itu bukan satu kemegahan tetapi adalah satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here