Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Kwa Geok Choo, isteri bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Mendiang Kwa adalah ibu kepada Perdana Menteri republik ini sekarang, Lee Hsien Loong.
Nik Aziz diiringi anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa dan timbalan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura Dr Ahmad Faisal Muhamad semasa mereka tiba di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di Singapura.
Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.
Hari ini adalah hari terakhir untuk orang ramai menziarahi memberi penghormatan sebelum jenazahnya dibawa ke Mandai Crematorium esok untuk upacara terakhir.
- Bernama
No comments:
Post a Comment