cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, December 18, 2010

Penantian 14 tahunberakhir ...Malaysia ke final piala Suzuki AFF



HANOI – Penantian 14 tahun Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF berakhir semalam apabila anak-anak buah K. Rajagobal menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 selepas perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0.

Kejayaan ini mengulangi pencapaian terbaik negara yang kali terakhir layak ke final pada edisi sulung kejohanan 1996, di mana kita tumpas 0-1 kepada Thailand untuk muncul naib juara.



JURULATIH negara, K. Rajagobal dijulang oleh pemainnya selepas Malaysia mengesahkan tiket ke akhir dengan mengikat Vietnam 0-0 di Hanoi, semalam. Malaysia layak menerusi agregat 2-0.


Malah, kemaraan ini meletakkan Malaysia di landasan untuk melakar sejarah menjulang piala buat kali pertama. Harapan itu tidak mustahil kerana kita telah membuktikannya dengan merangkul emas Sukan SEA dalam tempoh 20 tahun di Laos, tahun lalu.

Menanti Malaysia di final yang akan berlangsung secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember adalah pemenang di antara Indonesia dan Filipina. Indonesia menang 1-0 pada separuh akhir pertama.

”Pujian buat semua pemain yang mempamer disiplin tinggi dan kesungguhan malam ini. Kita berhak melayakkan diri ke perlawanan akhir,’’ kata Rajagobal.

Stadium Nasional My Dinh, Hanoi menjadi saksi kesungguhan Malaysia mengekang asakan menggila tuan rumah yang berusaha mencari gol sebaik wisel permainan ditiupkan.

Skuad bimbingan Herique Calisto yang terdesak untuk mencari kemenangan selepas tewas 2-0 di Bukit Jalil mengatur asakan tanpa henti hingga tamat saingan.

Pujian selayaknya diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang tidak tertekan dengan jeritan Vietnam! Vietnam!, sebaliknya disiplin dan kesungguhan membawa kepada kejayaan.

Tuan rumah kian tertekan selepas Pham Thanh Luoang dibuang padang pada minit ke-77 kerana membantah keputusan pengadil, Kim Sang Woo melayangkan kad kuning kepadanya selepas dia sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti.

Friday, December 17, 2010

ADUN Tenang Johor meninggal dunia.



ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha (gambar) meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur malam tadi .

Kelmarin berita menyiarkan dia terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

DUN Tenang adalah kerusi yang terletak di kawasan parlimen Labis Johor.

Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat.

Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta, Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratusmalam tadi.

Al Fatihah.......

Pendedahan WikiLeaks: Kena Percaya Juga Pendedahan Mengenai Najib.....!!!!



SETIUSAHA Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail meminta orang ramai memahami keadah operasi ataupun fungsi laman web bebas WikiLeaks sebelum terus menerima pakai setiap apa yang didedahkah oleh laman berkenaan.

Katanya menerusi kenyataan akhbar yang disebarkan kepada umum malam tadi, WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai.

Jelasnya, orang ramai bebas untuk menghantarkan apa-apa jenis maklumat, jadi ada maklumat datang dari kajian terperinchi dan ada juga hanya rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomatik.

Mengenai pendedahan maklumat mengenai Malaysia katanya adalah maklumat yang dipetik dari komen-komen pengunjung blog berkenaan.

Misalnya laporan yang dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald termasuk mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dalam kes sodomi adalah dipetik dari komen-komen umum di blog berkenaan.

"Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam Asean, Jepun, China dan India," katanya.

Untuk memahami aktiviti laman berkenaan dengan lebih dekat lagi bahawa catatan itu adalah pandangan peribadi yang disensasikan, beliau meminta orang ramai meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang didedahkan oleh WikiLeaks yang terkandung dalam kabel yang sama merakam percakaan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura dan tidak kepada isu Anwar semata-mata.

Beliau memberi contoh bagaimana kenyataan atau percakapan Bilahari Kausikan pada satu mesyuarat September 2008 telah memberi tahu Timbalan Setiausaha AS, David Sedney bahawa; "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina akan meninggalkan Malaysia dan menyusahkan Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata Bilhari masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa, Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa.

Hurai Saifuddin lagi, selain itu percakapan itu juga secara jelas mengaitkan penglibatan Najib dalam skandal pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Sharibu, dan berpendapat Najib Razak terancam diebabkan kes pembunuhan itu.

Selain itu menurut Saifuddin juga menurunkan contoh satu lagi rakaman menerusi kebal diplomatik mengenai bagaimana Peter Ho pada Mac 2008 telah mengutuk Dr Mahathir Mohamad sebagai melempar batu sembunyi tangan kepada penggantinya, Abdullah Badawi.

Justeru kata Saifuddin kebal sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim peru dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya dengan komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia.

Tegas Saifuffin mengambil pendirian pandangan tersebut - termasuk pendedahan mengenai Anwar yang didedahkan adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta.

Untuk berlaku adil kepada semua pihak, tegas Ahli Parlimen Machang itu, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka, jika tidak perdana menteri, Najib Razak sendiri yang kena berhempas pulas untuk menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung dalam kabel sulit yang sama yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," jelasnya


mso

foc di dunia...foc dapat dosa...kerana bersukaria tengok Wanita Bogel Naik Bas



SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.

Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.

Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.

Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.

Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.

Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.

Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi

Wednesday, December 15, 2010

Warga Miskin Dipinggir BN

Sedih melihat warga miskin yang berulang-alik ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak mendapat bantuan atau sumbangan bulanan pada bulan November 2010. Orang-orang miskin ini mengharapkan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi mereka telah dihampakan pada bulan November.

Mereka sudah penat berulang-alik dari rumah ke bank dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tetapi, sampai hari ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak tidak boleh memberi satu tarikh yang tetap untuk membayar sumbangan ini.

Alasan yang mudah telah diberikan kepada mereka bahawa peruntukan tidak sampai daripada kerajaan persekutuan. Adakah ini satu alasan yang munasabah? Jika betul peruntukan tidak sampai daripada kerajaan persekutuan , kenapa perkara ini boleh berlaku? Ini membuktikan kerajaan persekutuaan tidak prihatin terhadap masalah dan keperitan hidup warga miskin di negara ini.

Kerajaan harus memberi keutamaan kepada golongan miskin kerana mereka tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak kecuali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jika bantuan ini tidak sampai pada masa yang tepat, ini bermakna kerajaan tidak serius dalam menyelesaikan masalah kemiskinan di negara ini.

Apa gunanya ada KRA untuk menteri-menteri sedangkan masalah asas golongan miskin negara ini dipinggirkan. Sikap tidak peka dan sambil lewa ini juga bertentangan dengan slogan komik Barisan Nasional iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

Kenapa pihak kerajaan persekutuan tidak membayar wang sumbangan warga miskin pada bulan November? Penerima sumbagan diberitahu bahawa wang akan dibayar pada bulan Disember. Bagaimana golongan miskin ini akan hidup tanpa sebarang bantuan sehingga mereka menerima wang tersebut? Mereka terpaksa makan, minum, perbelanjaan anak kecil, membayar sewa rumah, dan pelbagai perbelanjaan lain termasuk perbelanjaan kecemasan.

Seramai 3 keluarga telah datang ke Pusat Khidmat DUN Tronoh untuk membuat aduan mengenai hal ini. Saya terasa amat kecewa kerana ini merupakan sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan ‘mencuci tangan’. Golongan miskin ini terlalu daif dan tidak berani menentang atau menyuarakan keperitan mereka.

Mereka tidak mahu gambar mereka dipaparkan dalam media kerana takut Kerajaan BN yang zalim ini akan memberhentikan terus sumbangan kebajikan yang mereka terima.
Adakah ini bermaksud kerajaan persekutuan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memberi bantuan kebajikan kepada warga miskin? Jika tidak ada wang, bagaimana pula kerajaan mempunyai wang untuk membuat projek-projek mega seperti Menara Warisan yang akan menelan RM 5 billion?

Kerajaan BN memberi keutamaan kepada projek-projek untuk membantu kroni-kroni mereka. Sedangkan ramai yang hidup dalam keadaaan papa kedana yang tidak diberi perhatian yang serius.

Ini berlaku kepada Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Perak...JKM  harus mengambil langkah segera untuk membayar bantuan kewangan warga miskin yang ditinggalkan pada bulan November. Dalam pada itu, bantuan bulan Disember juga harus dibayar pada bulan ini dan bukannya pada bulan Januari 2011.


YB V.Sivakumar

Piala AFF Suzuki....malaysia jaguh kampung di halaman sendiri....pulun vietnam 2-0



SENGIT...Pemain Vietnam Tram Dong cuba merampas bola daripada pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.Malaysia mengalahkan Vietnam 2-0.



Pasukan Malaysia bakal melangkah kaki ke separuh akhir kedua dengan senyum lebar apabila menundukkan pasukan pelawat, Vietnam 2-0 pada saingan pusingan pertama Kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Rabu.

Pada separuh masa pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan biarpun Vietnam dilihat beberapa kali melakukan serangan, namun benteng pertahanan anak buah K.Rajagobal sukar ditembusi.

Aksi pada babak kedua dilihat semakin sengit, lebih-lebih lagi kepantasan anak buah Henrique Calisto melakukan serangan, namun mereka gagal menembusi gawang Malaysia yang dijaga rapi penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol pertama negara hadir pada minit ke-61 apabila tandukan kencang Safee Sali gagal ditampan kemas penjaga gol Vietnam sekali gus bola menembusi gol pihak lawan.

Suasana sekali lagi meriah dengan sorakan penyokong-penyokong setia Malaysia yang memenuhi setiap ruang di dalam stadium ini apabila Safee sekali lagi menjaringkan gol kedua negara pada minit ke-79.

Jaringan 2-0 kekal hingga ke wisel perlawanan. Skuad Malaysia bakal berkunjung ke Hanoi bagi mengharungi separuh akhir pusingan kedua 18 Disember ini.


MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S.Kunanlan, Mohd Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha (Mohd Amri Yahyah), Mohd Safee Mohd Sali.


VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Huy Hoang, Le Phuoc Tu, Tran Dinh Dong, Vu Nhu Thanh, Nguyen Minh Phuong, Le Tan Tai (Nguyen Viet Thang), Nguyen Vu Phong, Phan Thanh Hung, Pham Thanh Luong, Nguyen Anh Duc

bahana tak bayar royalti kot ...???....pelantar minyak petronas meletup 6 Cedera Dibaham Bebola Api



MANGSA LETUPAN...(atas dari kiri) Mohd Hamzah, Alias, Mohd Fauzi dan Zamri manakala (bawah) Mohd Rishauddin dan Mohd Arif dirawat di HSNZ.


KUALA TERENGGANU: “Saya nampak satu bebola api menuju ke arah kami ketika saya dan rakan dalam proses menamatkan syif di pelantar minyak Bekok C.

“Saya dan lima rakan lain terkena bebola itu menyebabkan kami mengalami lecur di beberapa anggota badan termasuk di muka,” kata Alias Abdullah, 52, seorang daripada enam pekerja yang terbabit dalam kebakaran pelantar minyak milik Petronas, kira-kira 200 kilometer dari perairan Terengganu.

Dia yang mengalami lecur kecil di muka menceritakan kejadian itu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam kelmarin, seramai 108 pekerja berada di pelantar itu, tetapi hanya enam pekerja mengalami kecederaan. Kebakaran dipercayai berpunca daripada paip gas yang bocor.

Menurut Alias, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia bersama rakan tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat bebola itu meluru laju ke arah mereka.

“Kami diberikan rawatan awal di pelantar minyak sebelum diterbangkan dengan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke hospital ini untuk rawatan lanjut.

“Saya bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak begitu parah dan hanya mengalami lecur akibat disambar api pada muka,” katanya.

Selain Alias, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Rishauddin Ismail, 37, Mohd Hamzah Abdullah, 32, Mohd Fauzi Ibrahim, 37, Mohd Arif Farimi, 28, dan Zamri Wagiman, 32.

Mohd Hamzah ketika menceritakan kejadian itu kepada Ahmad Said pula berkata, api menyambar mereka pada hujung waktu bertugas di pelantar itu.

“Ketika itu kami sibuk menyiapkan tugasan dan saya tidak tahu bagaimana kebakaran itu boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, Petronas Carigali Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar berkata, kejadian berlaku di pelantar Bekok C yang berkedudukan 200 kilometer dari pantai Semenanjung Malaysia sejurus selepas tengah malam dan api berjaya dikawal pasukan tindakan kecemasan pelantar terbabit.

“Terdapat 108 pekerja di pelantar itu ketika kejadian dan enam daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan. Baki 102 pekerja lagi dipindahkan ke pelantar berhampiran,” katanya.

Menurut kenyataan itu, aktiviti di Bekok C dihentikan sementara dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ahmad Said yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, beliau bersyukur kerana kemalangan itu tidak mengorbankan nyawa.

“Mujur pelantar tidak meletup akibat kejadian itu kerana bilangan pekerja ketika kejadian ramai,” katanya. -hm

Anwar akan saman akhbar, Dr Mahathir



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.



Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan.

“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.

“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.



Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kanan, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.



MK

Monday, December 13, 2010

tempa sejarah...Doa buat pertama kali dibaca di majlis DAP



Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang 4 minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti.

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana majlis DAP sebelum ini.

DAP yang kebanyakannya dianggotai oleh ahli-ahli berbangsa Cina sering dituduh sebagai cauvinis kaum itu kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan seramai lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon bertanding bagi menawarkan diri untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik seorang Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menjadi ahli jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

DAP sememangnya sukar untuk menarik orang Melayu bagi menjadi ahlinya setelah sering kali dituduh sebagai cauvinis sedangkan parti itu mendokong ideologi pelbagai kaum dengan berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit, kaum, agama mahupun latar belakang.

Harakahdaily

Anak Dara Maghribi ...semurah RM 14000 untuk di jadikan isteri....bewak punya manusia...murah ke tu...kalau orang kaya boleh la cakap....!!!



KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.




BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.


HM

Wikileaks: SB Malaysia-Singapura Bersekongkol.....!!!!



Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang ringan dan mengesahkan hakikat bahawa pertuduhan itu membabitkan konspirasi peringkat tertinggi.

Menurut Parti Keadilan Rakyat(PKR) lebih memeranjatkan adalah pendedahan Wikileaks, bahawa pimpinan Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja mengiyakan fitnah itu kepada agensi perisikan Australia atau Office of National Assessment (ONA).

Menurut Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pendedahan itu menimbulkan persoalan sama ada polis Malaysia mendapat kerjasama Singapura untuk menghakis bantahan Ahli Parlimen Australia bersabit perbicaraan Anwar yang dianggap berat sebelah dan tidak adil.

Nik Nazmi berkata penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama itu.

Ini kerana Ahli-Ahli Parlimen Australia, seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa, lantang mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar.

"Apa yang perlu dipersoalkan ialah adakah wujud persekongkolan antara agensi perisikan Singapura dan pihak berkuasa di Malaysia dan kenapa pula dimaklumkan kepada Australia apabila kita tahu banyak wakil rakyat Australia yang selama ini mengecam perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

"Jadi bagi kita itu isunya yang jelas, kalau ada perkara lain mereka boleh bawa ke mahkamah. Sebab kita tahu perbicaraan selama ini ia satu pendakwaan dan membuktikan konspirasi politik tertinggi. Jadi bagi kita ini sekadar menguatkan lagi kita punya pandangan," kata ADUN Seri Setia itu.

Nik Nazmi mengingatkan bahawa Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Ini membabitkan pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik itu.

Nik Nazmi berkata Singapura harus mendedahkan risikan teknikal yang disebut oleh Wikileaks sebagai asas pihak perisikan negara itu dalam membuat kesimpulan mereka.

"Wikileaks melaporkan maklumat yang dikutip jabatan negara. Dia membebaskan kabel-kabel jabatan negara Amerika Syarikat. Jadi itu menurut wikileaks, Lee Kuan Yew maklumkan kepada agensi perisikan Australia, jadi maklumat itu kita tak mempertikaikan Lee Kuan Yew berkata demikian.

"Tapi itu tak menjejaskan apa-apa, tak mengalihkan terhadap soal perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tempang dan pendakwaan politik yang kita dakwa selama ini," jelasnya.

Nazmi berkata apa yang jelas ialah pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan acuan sama dengan pendakwaan pertama.

Beliau menegaskan ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah untuk pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah konspirasi pihak tertinggi.-TVS

ingat dah mampos.....rupanya raja katak kembali ke lopak....wa ka ka wa ka ka....



Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kembali ke Parlimen selepas selama sebulan berihat dan mengambil kesempatan itu untuk "membuktikan" bahawa beliau masih 'garang' untuk kembali ke gelanggang politik tanahair.

Sambil membidas penulis blog dan penyebar khabar angin kononnya
beliau sedang koma dan tenat, ahli parlimen Pasir Mas itu berkata sudah waktunya baginya menyangkal desas-desus mengenai kesihatannya.

Oleh itu, katanya, beliau hadir di Parlimen untuk membuktikan yang beliau sudah sihat, walaupun doktornya menasihatkan beliau berihat tiga bulan lagi.

Hari ini adalah kali pertama Ibrahim kembali mengikuti sidang Parlimen selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Oktober lalu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, Ibrahim sambil berseloroh berkata, beliau kasihan dengan mereka mengharapkan beliau meninggal dunia atau berada dalam koma.

Menurut Ibrahim lagi, beliau tidak duduk diam selama cuti sakit, sambil menyatakan beberapa rancangan yang beliau dan PERKASA akan lakukan dalam masa terdekat ini.

Katanya, adalah aneh Malaysia tidak mempunyai muzium untuk memperingati pahlawan negara dan sultan, dan lebih penting lagi insiden seperti Rusuhan 13 Mei.

Beliau mengambil contoh 'Museum Holocaust' di Jerman, yang menurutnya menggambarkan banyak kejahatan yang dilakukan pemimpin Nazi, Adolf Hitler dalam Perang Dunia II.

"Kita perlu mewujudkan muzium 13 Mei. Lihatlah ia secara positif.

"Kita perlu menceritakan kisah sebenar supaya generasi muda dapat mengetahui siapa yang memulakan semuanya, siapa yang membakar bendera Malaysia pada 10 Mei, siapa yang mencetuskan rusuhan," katanya.

Ibrahim juga mencadangkan Majlis Raja-Raja mengambil langkah proaktif dan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk memantau kemajuan kerajaan dalam mempromosikan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Menurutnya, majlis tersebut perlu berbuat lebih banyak lagi untuk menggalakkan agenda bumiputera, selaras dengan dengan matlamat negara untuk menjadi negara maju pada 2020.

Ibrahim berkata, PERKASA akan menghantar memorandum dan surat kepada Majlis Raja-Raja, meminta supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja, atau sekurang-kurangnya sebuah jawatankuasa pemandu.

Langkah itu, tegasnya, akan dapat memastikan pencapaian 30 peratus penyertaan menyeluruh bumiputera dalam ekonomi apabila negara mencapai status negara maju.

Ibrahim mengakui bahawa kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa ekonomi bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Namun, tegasnya lagi, sebuah badan bebas masih diperlukan untuk memantau kemajuannya.

RPK tubuh gerakan 'perbaiki' Malaysia...wa caya lu beb....!!!




Penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) hari ini mengumumkan bahawa "kuasa ketiganya" - dikenali sebagai Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) - tidak akan mencuri undi dari Pakatan, tetapi sebaliknya bermatlamat untuk "memperbaiki" apa yang rosak di Malaysia.

raja petra Live telecast of the MCLM Forum in London"Apakah MCLM ini? Nah, jawapan saya ialah KISS: Keep it simple, stupid. Kami adalah sekumpulan tukang-baiki. Dan anda mengatakan ada beberapa perkara yang rosak di Malaysia, seperti parlimen. Kami akan memperbaikinya," katanya semasa siaran langsung webcast dari London malam ini.

Beliau bercakap di satu forum yang kelihatan berlangsung di sebuah hotel di London, anjuran MCLM untuk menjelaskan mengenai gerakan itu dan misinya.

Menurut RPK (kanan), MCLM merupakan satu kumpulan yang dikumpul olehnya dan orang lain yang berpusat di Malaysia, seperti peguam yang juga penulis blog, Harris Ibrahim.

RPK mengetuai gerakan itu, dengan Yolanda Augustines sebagai setiausaha manakala Farouk A Peru mengetuai inisiatif maklumatnya. Haris dan yang lainnya menganggotai jawatan MCLM.

Menurut MCLM, ia akan memulakan satu kempen untuk mendidik rakyat
Malaysia mengenai kebebasan awam mereka, yang juga akan merangkumi penerbitan sebuah akhbar rasmi yang akan diedarkan kepada masyarakat.

yolanda augustine raja petra Live telecast of the MCLM Forum in LondonRPK menjelaskan bahawa MCLM tidak akan 'mencuri undi' sepertimana yang dibimbangi oleh sesetengah parti politik, tetapi sebaliknya ia akan membantu parti-parti politik untuk mengetengahkan calon-calon terbaik dengan mencadangkan mereka yang mampu berkhidmat dan mendidik masyarakat.

"Mereka mengeluh yang mereka tidak dapat mencari calon yang tepat. Nah, kita memberi mereka calon yang tepat," katanya.

Dengan cara ini, beliau percaya ia akan "memperbaiki" situasi di Malaysia di mana calon-calon yang berkhidmat di Parlimen, menurutnya, kini berkualiti rendah.

"Tujuan kami bukanlah untuk memenangi pilihan raya. Tujuan kami adalah membawa pembaharuan kepada sistem politik," tegasnya

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here