cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, August 29, 2011

awas ya jarjis menjarjis TV3...yang suka mencabul tu...sebagai ingatan....Penerbit cabul wanita diarah bayar RM9 juta

LOS ANGELES: Juri semalam mendapati penerbit filem, Jon Peters, 66, bersalah atas tuduhan mencabul dan mengarahkan lelaki itu yang terbabit dengan filem Batman supaya membayar lebih AS$3 juta (RM9 juta) kepada bekas pembantu peribadinya.

Keputusan panel juri terdiri daripada sembilan wanita dan tiga lelaki itu membolehkan Shelly Morita, 44, menuntut bayaran pampasan RM9 juta itu. Shelly mendakwa Peters merangkak ke arahnya di atas katil dan menyentuhnya ketika mereka berhenti rehat dalam penggambaran filem Superman Returns di Australia pada 2006. - Reu

HM

Sunday, August 28, 2011

padah pergaulan bebas....Remaja 15 Tahun Didakwa Guna Pil Khayal untuk Nodai Rakan

 

KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan

kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.

“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.

Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.

Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.

Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

uweekkkkk....Pembantu Rumah Masukkan DARAH HAID dalam MASAKAN

Cerita yang bisa membuatkan anda termuntah. Cerita dari Temasek.
Seorang wanita mewujudkan sebuah laman FB yang dipanggil "Dangerous Maid" untuk memberikan amaran kepada orang ramai bahawa orang gaji bukan selalu menjadi mangsa dera, malah majikan juga kadang kala "didera" orang gaji, lapor AsiaOne.

Pencipta laman itu, Hylda Low, yang mewujudkan laman itu pada hari Selasa berkata "Saya mahu memberikan amaran kepada orang ramai bahawa pembantu rumah ini (gambar di atas) adalah sangat berbahaya. Kita tidak boleh membiarkan orang jahat ini menggunakan ilmu hitam kepada orang lain," tulis Low.

Pelajar berusia 20 tahun itu mendakwa pembantu rumahnya, yang berasal dari Jawa Barat, telah memasukkan darah haidnya ke dalam sup untuk dihidangkan kepada keluarganya. Pembantu rumah itu juga didakwa secara sembunyi-sembunyi meletakkan darah haidnya di dalam uncang teh.

Menurut Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah itu awal Ogos lalu dan pembantu rumah tersebut sudah tiga kali melakukan perbuatan keji itu.

Kakak Low, yang enggan namanya disiarkan, berkata bahawa keluarganya mengupah pembantu rumah tersebut untuk menjaga neneknya. Pembantu rumah itu telah dipindahkan dari rumah kakak iparnya dan bekerja untuk keluarga Low selama lima bulan sebelum perbuatannya terdedah.

Semuanya terbongkar apabila bapa saudara Low menemukan sekeping kapas basah yang dipotong dari pad wanita yang tersembunyi di dapur ketika dia membersihkan lantai di kawasan itu.

tak renti dek untung...dah tolong ..tapi di samun,di simbah asid dan di campak di tepi jalan...

gambar hiasan...kesan di simbah asid

Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar.

Katanya dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.

"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar.

"Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Suami mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak.

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri tersebut belum dikenal pasti.

Adzaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil.

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya.

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

  • Bernama

niat tak berkat...Remaja Hilang Dibawa Lari Kawan...1 kerana nak jadi model dan 1 lagi nak jadi babu di rumah orang NEPAL...!!!

 

Seorang gadis berusia 16 tahun hilang tanpa berita selepas mengikuti seorang kawannya ke sebuah pasar raya di Alor Setar pada 22 Julai lalu.

Siti Noor Atikah Abu Bakar dipercayai mengikuti seorang kawan perempuan dikenali sebagai Shiela oleh kakaknya, Siti Noor Hasfinas Nurain, 17, yang ketika itu bersamanya.

Siti Noor Hasfinas berkata, dia dan adiknya pergi ke Alor Setar kira-kira jam 5 petang sebelum adiknya bertemu dengan Shiela.

Menurutnya, selepas itu, Siti Noor Atikah mengikuti Shiela dengan sebuah motosikal manakala dia menunggu adiknya di pasar raya berkenaan.

“Saya menunggu dia sehingga larut malam dan kelibatnya tidak muncul-muncul,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Panchur, dekat sini.

Bapanya, Abu Bakar Mat Desa, 44, berkata, sehingga hari ini khabar berita dan nasib mengenai anak ketiga daripada lapan beradik itu tidak diperoleh mereka.

Menurutnya, Siti Noor Atikah yang bersekolah di sebuah sekolah di daerah ini berperwatakan baik dan apabila ditegur sekiranya melakukan kesalahan, dia mendengar kata dan patuh dengan nasihat mereka.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit tetapi tidak dapat sehingga hari ini, saya minta sekiranya dia berkecil hati dengan kami, baliklah, kami minta maaf.

“Saya bimbang dengan keselamatannya, bagaimana dia hidup, tempat macam mana dia duduk dan bagaimana makan minumnya,” katanya.

Ibunya, Haironi Abul Rahman, 43, berkata, anaknya yang bercita-cita mahu menjadi seorang model selepas tamat persekolahan juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kehilangannya.

Menurutnya, sambutan hari raya pada tahun ini tidak memberikan sebarang makna kepada mereka kerana sepanjang masa sentiasa memikirkan tentang nasib dan keselamatan anaknya itu.

"Bagaimanalah nasib anak kami sekarang," katanya.

Susulan kehilangan tersebut satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pokok Sena dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi keluarga berkenaan di talian 012-4594148 atau balai polis berhampiran.

 

yang ini pun lari jugak...ikut kawan dari NEPAL....dah kena mendrem  hero hindu setan

betina bodoh dan ikut nafsu...kena jual kat nepal baru padan muka...Gadis lari ikut teman lelaki Nepal ke Kathmandu

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here