cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, September 8, 2010

alahai indon....gah aje yang lebih....habuk pun tarak...sendiri yang rugi....!!!!



KHABARNYA demo di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berlangsung saban hari. Pertanyaan lazim penulis ialah, mereka yang mengadakan demo itu tidak ada kerja lain kah nak buat? Atau memang tidak pernah ada kerja melainkan melakukan berantakan di hadapan kedutaan orang.

Mereka marah tak bertempat. Mereka marah kerana tiga pegawai maritim mereka ditahan oleh Marin Malaysia kerana berada di dalam perairan Malaysia tetapi bagaimana pula dengan nelayan Malaysia yang ditahan oleh Marin Indonesia?
Selepas diteliti menerusi rakaman satelit, ternyata nelayan-nelayan Malaysia berada di dalam perairan negara ketika mereka ditahan pihak berkuasa Indonesia tetapi tidak pula kita melakukan demo melempar najis di hadapan Kedutaan Indonesia.

Amat jelas sekali, manusia yang sibuk dengan urusan harian mencari sesuap nasi untuk keluarga atau diri sendiri tidak akan mempunyai masa untuk memikirkan hal orang lain apatah lagi berkampung berhari-hari di hadapan pejabat orang semata-mata untuk menyatakan rasa tidak puas hati.

Ia adalah perbuatan tidak masuk akal. Maka itu, kita tertanya-tanya, jika tidak ada yang mengupah supaya berdemo, tidak mungkin manusia-manusia ini sanggup bersorak melaungkan kata-kata kesat malah melemparkan najis ke atas rumah orang. Ia adalah perbuatan tidak beradab sedangkan orang Indonesia adalah masyarakat yang penuh dengan budaya dan adat yang tinggi.

Orang Jawa misalnya tidak suka menunjuk-nunjuk kehandalan mereka. Maka atas sebab itulah keris disarungkan di belakang badan bukan di hadapan sepertimana kebanyakan etnik Melayu yang lain. Mereka menghormati tetamu dan jiran tetangga.

Malang sungguh apa yang sedang berlaku di hadapan Kedutaan Malaysia tidak langsung melambangkan adat dan budaya orang Jawa yang disanjung tinggi itu. Barangkali yang berdemo bukan orang Jawa agaknya. Barangkali yang memekik-mekik dan melontarkan najis ke dinding Kedutaan Malaysia adalah orang yang tidak beradab dan bersopan.

PESANAN DARI JAKARTA

Sejak beberapa hari lalu, penulis sendiri menerima beberapa pesanan ringkas (sms) daripada kawan-kawan di Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) di Jakarta yang menasihati supaya jika tidak ada apa-apa urusan elak datang atau berkunjung ke Indonesia khususnya Jakarta.

Ini kerana golongan yang mengelar diri mereka Bentang Pertahanan Demokrasi (Bendera) tidak berapa lama dahulu pernah mengasah buluh runcing untuk menyeberang ke sempadan dan menganyang Malaysia.

Ternyata itu hanya 'gempaq sakan'. Tidak ada seorang pun yang menyeberang ke semenanjung atau ke Sabah dan Sarawak untuk menganyang Malaysia. Hakikatnya, temberang mereka hanya sekadar temberang. Buat bising untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Tetapi cuba fikirlah sikit, akhirnya siapa yang rugi besar? Jika pelancong dari Malaysia tidak lagi berkunjung ke Jakarta atau Bandung atau Bali atau Medan untuk membeli belah, siapa yang rugi?

Bukan kita tau tapi awak yang rugi besar. Rakyat Malaysia boleh mengubah destinasi pelancongan bila-bila masa. Kalau orang tak sudi menerima kita pun tak sudi bertandang.

Vietnam, Laos malah Thailand yang kacau bilau itu pun tak layan rakyat Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh kumpulan Bendera. Adakah masuk akal nak membotakkan kepala pelancong Malaysia yang berkunjung ke Sendayan?

Alahai, Indon, Indon.

penampar gila buat KPN ( ketua perompak negara ) 1 malaysia.....dah di bersarakan mau bising ka...????

KDN nafi campurtangan urusan polis




Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian.

Ketua setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata beberapa karenah birokrasi mungkin memberi kesan kepada pasukan itu.

"Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis.

"Pada masa yang sama, tugas dan khidmat utama PDRM adalah tanggungjawab mereka sendiri dan isu campurtangan oleh kementerian tidak wujud,” kata Mahmood dengan ringkas dan secara tergesa-gesa pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai ketua polis yang baru. -mk


Musa Hassan diingatkan tidak 'langgar lari'


Ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan harus bertanggung-jawab berhubung dakwaannya 'ada campur-tangan pihak ketiga' dalam urusan polis dan memfailkan laporan rasmi, kata pengarah strategi PKR, Tian Chua.

Katnya, adalah tidak bertanggung-jawab bagi Musa mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang dilihat cuba membidas pihak tertentu dan melepaskan dirinya daripada beberapa isu.

"Sasarannya kemungkinan besar adalah Kementerian Dalam Negeri. Bukan menjadi rahsia Hishamuddin Hussein telah melobi agar kontrak Musa tidak dilanjutkan,” kata Chua ketika dihubungi semalam.

Musa pada sidang akhbarnya di Bukit Aman, Isnin lalu mendakwa pihak polis sentiasa menghadapi campur tangan pihak ketiga dalam menjalankan tugas. Beliau juga menamakan KDN sebagai antara dalang itu.

Lapor ke BPA, SPRM

Namun ketua polis negara yang bakal bersara beberapa hari lagi itu tidak menamakan individu berkenaan.

Menurut Tian Chua, daripada mempolitikkan sektor keselamatan negara adalah wajar bagi Musa melaporkan ke Biro Pengaduan Awam dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan masalah itu dibanteras.

"Beliau harus bertanggung-jawab apa yang dikatakannya. Beliau harus bekerjasama dan menawarkan maklumat kerana adalah tidak bertanggung-jawab untuk tidak berbuat demikian.”

Bagi setiausaha publisiti DAP, Tony Pua - Musa yang bakal bersara pada 12 September ini menimbulkan dakwaan yang serius. Ia hampir menyamai dakwaan campur-tangan kerajaan dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, adalah agak mengecewakan kerana Musa memilih untuk tidak bertindak ke atas dakwaannya itu dan ia mencerminkan ketidak-cekapan beliau menjalankan tugas sebagai ketua polis.

Wayang kulit

"Beliau telah menodai imej polis dan Kementerian Dalam Negeri. Tanggungjawab kini terletak pada bahu IGP baru untuk menjalankan siasatan penuh bagi menjamin integriti polis tidak dikompromi dan menghentikan (campur-tangan) daripada berlaku,” kata Pua.

Bagi naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah - Musa sepatutnya menghentikan mainan 'wayang kulit' dan mengenalpasti siapa dalang yang campur-tangan dengan urusan polis itu.

Katanya, kenyataan Musa hanya membuka pekung di dada Musa yang kini sudahpun berada pada tahap yang terendah.

"Apa yang didakwanya itu serius. Jika ia benar, rakyat mempunyai hak untuk mengetahuinya. Kita tidak tahu siapa yang diserangnya dan beliau mesti berterus terang supaya orang ramai boleh menilai perkara itu sendiri,” katanya.-mk



Hari ini Musa seperti terkena penampar gila tang mukanya. Pihak KDN menadfikan tuduhan Musa yang menyatakan KDN campurtangan di dalam urusan kepolisian.

Jawatan KPN adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri, bukan KDN di bawah KPN. Bagaimana seorang pegawai boleh menyalahkan kementeriannya?

Itu akibat apabila kelulusan akademik tak sampai untuk beliau melayakkan diri sebagai KPN. Tak tahu hirarki perjawatan yang disangkanya KPN dah cukup tinggi and nobody else should be above KPN.

Musa boleh dikenakan tindakan dan didakwa kerana membuat tuduhan melulu. Daripada dapat pencen terus boleh kehilangan pencennya.

Dah dibersarakan tu, lagi mau bising ka?

la kat negara kita pun dah ada yang beraya sakan semalam

Sembilan ditahan kerana sambut Aidilfitri hari ini


KANGAR: Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata, kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada jam 8.30 pagi ini.

Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit, manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.

Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.

"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang sudah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir.-Bernama

weeiii....ngelat.....ko orang dah raya dulu rupanya....



Ratusan pengikut Tarikat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat sudah merayakan Idul Fitri pagi ini. Tarikat ini memang selalu berbeda dengan umat muslim pada umumnya. Mereka merayakan Lebaran dua hari lebih dulu.

Sekitar 200 jamaah Surau Baru Pauh Kota Padang terlihat menjalankan ibadah salat Ied. Penetapan Lebaran lebih dahulu berdasarkan perhitungan yang mereka yakini, yakni dengan Hisab dan Ruiyah yang diajarkan imam mereka sejak puluhan tahun.

Tarikat ini menghitung satu syawal berdasarkan jumlah hari sejak syawal awal tahun lalu. Mereka memang menjalankan ibadah puasa lebih awal dua hari dibanding penetapan pemerintah. Usai menjalankan salat Ied, para pengikut Naqsabandiyah saling bermaaf-maafan.

Tak berbeda dengan Jamaah Naqasabandiyah, Jamaah Anasir juga melaksanakan salat Ied bersama di lapangan Mawang, Kecamatan Bontomarannu, Kabupaten Gowa. Mereka juga memiliki penanggalan sendiri. Bahkan jamaah tersebut memiliki kebiasaan mengenakan pakaian hitam dan rambut yang dicat. -liputan6

macam balas dendam aje....Layanan dingin ke atas keluarga kes ditembak polis

Wakil keluarga yang mendakwa pihak polis bertindak kejam ke atas ahli keluarga mereka sekali lagi diberi layanan dingin dan terpaksa berdepan dengan karenah birokrasi apabila cuba menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Mereka yang ditemani sepuluh peguam dari kumpulan NGO, Lawyers for Liberty berharap dapat berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau sekurang-kurangnya, ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam.

Mereka sebaliknya dihalang daripada memasuki bangunan kementerian itu di Putrajaya dan terpaksa menuggu 40 minit sebelum seorang pegawai datang dan menerima memorandum itu bagi pihak Hishamuddin.

Wakil keluarga enam kes ditembak polis dan mati ketika dalam tahanan itu termasuk kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal dunia akibat ditembak polis di Shah Alam, Selangor April lalu, dan temannya, Azzamudin Omar, 15, yang cedera ditembak dalam kes sama.

Kes-kes lain adalah Mohd. Afham Arin, 18, dari Johor yang meninggal dunia akibat ditembak pada Oktober tahun lalu; Norizan Salleh, 30, dari Kuala Lumpur yang terkena lima tembakan juga pada Oktober tahun lalu; Shahril Azlan, 26, dari Selangor yang cedera ditembak pada April tahun lalu dan dan A Kugan, 22, yang mati dalam tahanan polis Januari tahun lalu.

daif....Pendam hasrat ke sekolah



TANJUNG AGAS – Bapa kepada tiga anak, Abu Bakar Shahbudin, 69, hanya mampu pasrah dengan kehidupannya sekarang yang lumpuh separuh badan sehingga tidak mampu menanggung kehidupan keluarganya.

Akibat daripada itu, keperluan kehidupan mereka sekeluarga kini digalas isterinya, Mutiana Sadili, 46, menjadikan kehidupan mereka tidak sebaik orang lain.

Lebih malang, tiga anaknya berusia antara sembilan hingga 14 tahun tidak bersekolah.

Abu Bakar berkata, dahulu kehidupannya bersama isteri yang juga perkahwinan keduanya bahagia walaupun hidup dalam kesederhanaan, namun berubah sedikit demi sedikit dan semakin teruk apabila lumpuh separuh badan.

“Anak sulung pernah sekolah sehingga Tahun Empat dan terpaksa berhenti sekolah atas sebab kesempitan hidup.

“Sekarang ini apabila kami mahu daftarkan mereka semua untuk kembali ke sekolah pelbagai kekangan timbul dan akhirnya ketiga-tiga anak saya tidak bersekolah,” katanya,

Menurutnya, ada yang menyatakan perkahwinan dia bersama wanita Indonesia menjadikan urusan itu sukar namun ia tidak logik.

“Anak saya mempunyai surat beranak tetapi urusan untuk persekolahan mereka sukar menyebabkan mereka tidak bersekolah.

“Anak kini hanya belajar membaca dan menulis di rumah, bagaimanapun diakui walaupun anak sulung sudah berumur 14 tahun tetapi tahap penguasaannya untuk membaca amat rendah berbanding rakan seusianya yang mendapat pendidikan baik,” katanya.

Abu Bakar berkata, kehidupannya hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal yang disalurkan tetapi ia tidak menentu.

“Isteri saya adalah warga Indonesia dan amat sukar mencari pekerjaan berikutan dia tidak mempunyai kad pengenalan.

“Bukannya tidak mahu memohon kad pengenalan tetapi tidak diluluskan atas beberapa sebab yang diberikan pihak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia mengalami lumpuh separuh badan, namun sekarang ini, dia tidak pernah mengambil sebarang ubat-ubatan atau membuat sebarang rawatan berikutan kekangan kewangan.

Sementara itu, Mutiana berkata, keluarganya masih belum dapat membuat apa-apa persiapan bagi sambutan hari raya yang akan menjelang beberapa hari lagi.

“Kehidupan kami sama sahaja sama ada hari biasa ataupun hari raya.

“Saya juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka yang datang membaik pulih rumah ini serta menghulurkan bantuan,” katanya.

Abu Bakar dan keluarganya kini menetap di rumah pusaka arwah ibu bapanya dengan keadaannya sungguh uzur serta usang.

Bumbung rumah sudah bocor dan rapuh sementara struktur kayu serta dinding telah reput dimakan anai-anai.

Apa perlunya pidato Sukarno ‘Ganyang Malaysia’ dimainkan semula?



Kalau kita lapar itu biasaKalau kita malu itu juga biasa Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar! Untuk anak-anak merdeka Malaysia yang belum tahu, ini adalah bait pidato bekas Presiden Indonesia, Sukarno ketika era Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1960-an. Ya, memang keras!

Pidato itu diucapkan bekas presiden berkenaan pada 27 Julai 1963. Kini, setelah lebih 40 tahun, sekali lagi bait pidato itu diulangi banyak media dan blog Indonesia. [kedutaan malaysia3]

Ia berikutan rasa tidak puas hati segelitir rakyat negara itu terhadap tindakan pihak berkuasa Malaysia menangkap tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang didakwa menceroboh perairan Malaysia, baru-baru ini.

Beberapa siri bantahan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan kemuncaknya apabila penunjuk perasaan melontar najis serta membakar Jalur Gemilang.

Taip sahaja ‘pidato ganyang Malaysia’ di Internet, anda akan menemui banyak entri terkini mengenai pidato itu, termasuk oleh web berita dan blog Indonesia yang nampaknya amat berminat ‘memutarkan semula lagu lama’ itu.

Mari kita amati versi penuh pidato itu dalam bahasa asal Indonesia:

Kalau kita lapar itu biasa
Kalau kita malu itu juga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!

Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu!
Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu
Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.
Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat. [sukarno4]

Yoo…ayoo… kita… Ganjang…
Ganjang… Malaysia
Ganjang… Malaysia
Bulatkan tekad
Semangat kita badja
Peluru kita banjak
Njawa kita banjak
Bila perlu satoe-satoe!





Pidato itu adalah berikutan Indonesia, sejak Januari 1963, mengambil sikap bermusuhan dengan Malaysia kerana tidak menerima tindakan demonstrasi anti-Indonesia yang memijak bendera negara itu.

Kini, bukan sahaja bendera Malaysia lambang kedaulatan bernegara dipijak dan dibakar, malah Kedutaan Besar Malaysia dilontar najis.

Siapa sebenarnya patut lebih berasa marah dan terhina?

Jika beliau masih hidup, adakah Sukarno sendiri sanggup menuturkan pidato itu ketika hubungan diplomatik dua negara sudah sampai ke tahap berpalit najis? – inimajalah.com

Tuesday, September 7, 2010

Pengusung tilam liwat 1 dan2 nie Sepatutnya Bersyukur Dan Diam

Musa Kecewa Ada Pihak Campur Tangan Urusan Polis




Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Isnin meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.

"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.

Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.

"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.

Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.

"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya. -

BERNAMA




Sudah hendak dipencenkan, mau lagi bersuara. Baru beberapa hari Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop mengetuai Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, mencadangkan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) dengan memasukkan beberapa pendekatan yang diguna pakai di negara-negara maju.

Dan KPN yang bernama Musa Hassan itu sepastinya tercabar dengan penemuan-penemuan KDN terhadap salahlaku KPN lantas Musa menuduh sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Command and control" kata Musa. "Command and control" adalah satu bentuk procedur yang memungkinkan salahgunakuasa apabila ianya terletak ke bahu KPN yang sifatnya tidak amanah dan khianat, yang sifatnya pengampiu tidak berakal, yang sifatnya tidak mahu menerima penambahbaikan tetapi mahu menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya.

Kata Musa juga "masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Musa, dengar sini, rakyat tidak menuduh sembarangan. Rakyat juga tidak pernah menyatakan polis sentiasa dalam keadaan bersalah apabila berlaku saja kematian penjenayah. Rakyat juga tahu pengorbanan serta risiko yang diambil oleh polis sewaktu mengatasi jenayah.

Tetapi, apa yang rakyat persoalkan ialah apabila modus operandi polis membenteras jenayah dengan cara menembak mati suspek-suspek sebelum dapat dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah. Apa yang rakyat persoalkan ialah kekejaman polis yang menembak orang awam dan apa yang rakyat persoalkan ialah kematian mereka yang berada di dalam tahanan polis.

Memang ada anggota polis yang mati. Tetapi jangan lupa profession lain juga pun begitu, bukan terhad hanya kepada polis. Itu tentera-tentera, itu pekerja TNB pemanjat tiang eletrik, itu jaga yang sedang mengawal di depan bank, itu buruh binaan pengangkat simen menyiapkan bangunan 20 tingkat, itu anggota bomba yang menggadai nyawa di dalam kebakaran, itu wartawan dan sukarelawan Malaysia pulang dari Gaza yang nyawanya di hujung senapang tentera Israel, semuanya terdedah dengan kematian. Mereka semuanya berkhidmat untuk negara, mereka semua berjasa kepada negara, mereka semuanya terbuka kepada risiko kematian, bukan hanya polis! Tetapi mereka tidak menagih simpati, mereka tidak mempunyai lesen senjata api seperti polis. Apakah lantaran ada senjata api maka polis boleh melakukan apa saja dengan meletak undang-undang di tangan sendiri untuk menembak mati sesiapa yang disukainya seperti di dalam kes Aminul-rasyid dan Suwandi serta Azman?

Jika polis yang ada enggan untuk menanggung risiko kematian berhadapan dengan penjenayah, ayuh jangan jadi anggota polis. Lebih ramai yang sedang menganggur yang bisa mengisi kekosongan di PDRM, yang rela bertugas demi keselamtan negara secara jujur dan tidak takut mati.

Memang wajar kamu dibersarakan, malah sepatutnya lebih awal dari itu. Ia adalah lebih baik untuk kamu sedangkan kesalahan-kesalahan terlalu banyak sebagai KPN, belum lagi dimasukkan konspirasi kamu bersama Peguam Negara untuk memenjarakan Anwar, penipuan kamu terhadap kelulusan akademik di mana kamu mendakwa kamu mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang sedangkan kamu hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri.

Kamu sepatutnya bersyukur kerana tidak didakwa dan dipenjarakan untuk menghabiskan sisa umurmu!


gb

ganyang malaysia mengganas lagi......

Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi hari ini.

Berikutan itu Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang oleh anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.

Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.

Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu semalam.

Pada akhir mesyuarat itu semalam, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan untuk melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia.

Dalam demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", telah datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat.

Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.

Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan "Ganyang Malaysia" di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta agar kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.

Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera merah putih yang panjang di pintu pagar itu namun dihalang oleh Polis Indonesia, yang kemudian meminta mereka turun daripada atas bangunan pos pengawal keselamatan itu.

Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri tetapi ia tidak direntangkan di hadapan kedutaan besar itu.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota LMP memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan yang sama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Kali pertamanya ialah pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan menggunakan batang buluh serta mengotor plak itu dengan lumpur longkang.

Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia hari ini, kumpulan itu telah berdemonstrasi di hadapan Kementerian Luar Negeri Indonesia dan selepas aksi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia,
mereka meneruskan aksi sama di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia.

Selain kumpulan LMP, dua kumpulan lain iaitu Kesatuan Aksi Lintas Mahasiswa (Kalam) dan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) dilaporkan akan turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Besar Malaysia hari ini.

- Bernama

mampos....penarik kereta buat kerja macam pencuri....!!!!

PETALING JAYA – Seorang kakitangan kerajaan terperanjat apabila terlihat dua lelaki tidak dikenali mengumpil kereta Proton Gen-2 milik isterinya yang diletakkan di tempat letak kenderaan kediamannya pada 30 Ogos lalu.

Dia yang pada mulanya menyangka dua lelaki berkenaan ingin mencuri kereta milik isterinya itu bergegas turun dari rumah dan mendesak mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun selepas dimaklumkan dengan kasar oleh lelaki terbabit, Ahmad Alamin, 31, menyedari bahawa kedua-dua lelaki tersebut sebenarnya bukan pencuri kereta seperti yang disangka, sebaliknya tukang tarik kereta yang diupah oleh pihak bank.

“Tindakan mereka tidak memaklumkan saya terlebih dahulu sedangkan saya dan isteri berada di rumah amat tidak boleh diterima. Mereka juga tidak perlu bertindak seperti pencuri dengan mengumpil pintu kereta saya hingga calar dan rosak," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ahmad seterusnya berkata, dia yang tidak berpuas hati dengan tindakan tukang tarik kereta itu semasa merampas kenderaannya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Damansara baru-baru ini.

“Saya juga menuntut pihak bank membayar ganti rugi atas kerosakan yang dialami kereta milik isteri saya,” jelasnya.

jutawan kosmetik hilang....Kereta Sosilawati, peguamnya ditemui

Dua buah kereta mewah dipercayai milik hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan seorang peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya malam semalam.

Difahamkan kereta terbabit iaitu BMW M5, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5series dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan sebuah rumah teres berdekatan sebuah hotel di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan.

Difahamkan kenyataan media berhubung penemuan dua buah kereta ini akan dikeluarkan esok pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penemuan kereta terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan Sosilawati, 44, gagal dikesan selepas dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu.

Santa klaus Hari Raya aidil fitri... TV3 diminta tak ulangi kesilapan



Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menghantar surat peringatan kepada rangkaian televisyen Media Prima Bhd agar tidak mengulangi kesilapan menyiarkan iklan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Surat dari ketuanya, Nasrudin Hassan dihantar kepada ketua pegawai eksekutif rangkaian itu, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan melalui faksmili semalam.

"DPP Pusat mengingatkan TV3 agar tidak mengulangi perkara ini lagi di masa akan datang serta menjaga sensitiviti umat Islam.

"TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan.

PAS juga kata Nasrudin mahu TV3 berhati-hati dalam setiap bahan yang mahu disiarkan dan menggesa stesen tersebut mewujudkan lembaga penapisan atau pemantauan syariah.

Katanya, iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk daripada masyarakat khususnya umat Islam lebih-lebih lagi ketika pada bulan Ramadan.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.”

Selain itu, Pemuda PAS turut meminta pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan agar meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak melanggar batas syarak.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

KM Sarawak: Tiada tanda Taib sedia berundur .....ini bermakna boleh perintah dan bawa masuk harta rakyat sarawak ke lubang kubor....!!!!

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untuk menerajui BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri, walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan berundur apabila tiba masanya.

Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untuk Sarawak ketika ini.

Seorang penulis terkenal Amerika Denis Waitley pernah berkata: Ada dua pilihan utama dalam kehidupan, iaitu untuk menerima keadaan mengikut seadanya, atau mengambil tanggungjawab untuk mengubahnya.

Nampaknya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mahu menggoncang kestabilan, kerana mereka berpendapat hanya beliau sahaja yang mampu mengekalkan perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen dalam BN Sarawak.

Kriteria itu merupakan perkara penting untuk menerajui negeri dan mesej ini jelas disuarakan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching Ahad lalu, sekaligus menggambarkan kedudukan kukuh Taib dalam parti.

Menurut satu sumber parti, pemimpin-pemimpin penting PBB bimbang sekiranya Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri, ia mungkin menggugat kestabilan parti dan juga BN Sarawak.

"Ramai di kalangan anggota BN Sarawak bimbang sekiranya Taib tidak cukup mantap untuk menerajui pilihan raya. Apa sahaja pendapat anda tentangnya, dia mempunyai kepimpinan uang kukuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar semasa pilihan raya, dan jentera pilihan raya bersatu di bawah satu pentadbiran," katanya.

"Sekiranya Taib mengambil keputusan untuk berundur sekarang, bagaimana penggantinya dapat mengekalkan perpaduan dalam parti, terutama dalam menangani isu-isu seperti calon berpotensi dan permainan politik dalaman yang akan memberi kesan terhadap jentera semasa tempoh berkempen?" tambahnya.

Beliau berkata sebarang keputusan terlalu awal di pihak Taib untuk berundur ketika ini pastinya akan menggugat kestabilan parti.

Keadaan ini secara tidak langsung memberi penjelasan kepada tindakan timbalan presiden parti PBB Tan Sri Alfred Jabu yang mengumumkan bahawa 71 cawangan PBB menyuarakan ikrar taat setia kepada Taib untuk terus memimpin sebagai Ketua Menteri, Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB.

Katanya kepimpinan Taib amat penting dan diperlukan bagi mengekal kestabilan politik Sarawak, keamanan, keharmonian serta perpaduan yang tidak tergugat, dan kerajaan negeri memerlukan Taib untuk mengekalkan disiplin bagi memastikan kerjasama kukuh antara parti-parti komponen BN Sarawak, di samping menjanjikan prestasi yang cemerlang dan berintegriti dalam BN.
Satu lagi sumber dalaman parti berkata Taib sendiri memberi taklimat kepada anggota Majlis Tertinggi Ahad lepas mengenai rancangan bagi menggantikan tempatnya dan memberi penjelasan mengenai kontroversi yang timbul ekoran kenyataan beliau sebelum ini menegnai kesanggupannya untuk berundur.

Tidak ada anggota Majlis Tertinggi yang sanggup memberi komen mengenai rancangan itu kecuali berkata mereka memberi sokongan penuh kepada Taib untuk terus menerajui negeri dan parti.

Antara yang dilihat berpotensi menjadi pengganti Taib ketika ini selain Jabu ialah Timbalan Presiden II Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg, dan Naib Presiden kanan 1 Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan.

Bagaimanapun masih ada kemungkinan lain yang tidak boleh diketepikan.

Contohnya Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang baru dilantik sebagai penasihat khas kepada pejabat Ketua Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal awam pada 2 April lepas yang memberikan beliau setaraf dengan menteri, Datuk Seri Adenan Satem.

Pelantikan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu sebagai penasihat khas kepada Taib turut mencetuskan cakap-cakap politik dalam arena politik negeri.

Adenan sebelum ini pernah disebut-sebut untuk menggantikan Taib, namun beliau dikatakan tidak sefahaman dengan Ketua Menteri pada tahun 2006, dan sejak itu beliau 'menghilangkan diri' buat seketika.

Sebelum ini ada beberapa pemimpin PBB yang dikatakan berpotensi untuk mengambil alih teraju kepimpinan, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri Sulaiman Daud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Ulis dan Datuk Abang Abu Bakar Mustapha, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan.

Pada tahun 2006, Taib memberi petunjuk bahawa beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri untuk penggal semasa yang akan berakhir Jun tahun depan.

Bagaimanapun bagi pilihan raya berikutnya, ketika ini nampaknya Taib akan terus menjadi kata pemutus kepada kepimpinan negeri.

- Bernama

Monday, September 6, 2010

dendam punya hal....PAS cabar Zainuddin dedah nama



PAS yakin kedegilan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menarik balik tuduhannya adalah kerana sikap dendam mendalam sejak sekian lama terhadap parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sebenarnya sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkitkan mereka terkubur dan tidak mendapat sambutan rakyat.

"Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas syarak, ini yang menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas pendirian Zainuddin yang tetap mempertahankan tudahan bahawa PAS pernah berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman dan menyuruh Tunku merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

Menurutnya, adalah satu perkara yang mustahil perkara yang sebesar itu, tidak diambil serius oleh Tunku.

Sehubungan itu, beliau mencabar Zainuddin mendedahkan siapakah nama pemimpin PAS yang didakwa berjumpa dengan Tunku tersebut.

"PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

"Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Syura dan Muktamar.

Contohnya ketika Pas hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional," jelasnya.

Hujah Zainuddin itu jelasnya bukan sahaja dangkal, malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.

Ekoran kenyataan itu juga, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh PAS meminta Zainuddin disiasat

Harakahdaily

Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta



Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.

Cara-Cara Mengajar Indon Yang Kurang Ajar !! (WAJIB BACA!!!)

"Pestabola Merdeka edisi 2007 mengimbau sebuah peristiwa yang sukar untuk dilupakan. Stadium Shah Alam menjadi saksi keberanian ratusan penyokong Malaysia yang berhadapan dengan belasan ribu penyokong Indonesia. Walaupun perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam Malaysia, tetapi jangan dihairankan mengapa stadium ini tidak dipenuhi oleh penyokong Malaysia tetapi telah dipenuhi oleh penyokong fanatik Indonesia seantero lembah klang.

Semangat kenegaraan yang kuat rakyat Indonesia berjaya mengundang lebih sepuluh ribu penyokongnya membanjiri stadium sejak dari awal petang membawa ke perlawanan sebelah malam, iaitu pertemuan di antara Malaysia menentang Indonesia peringkat kumpulan di kejohanan Pestabola Merdeka. Gegak gempita indon-indon yang hadir di Stadium Shah Alam pada malam itu saling tidak tumpah umpama perlawanan itu berlangsung di Istora Gelora Bung Karno di Jakarta.

Di manakah kelibat penyokong Malaysia ketika itu? Hanya satu kelompok di tengah-tengah stadium sahaja dengan bilangan yang tidak sampai seribu. Saya berani katakan itulah seribu penyokong gagah berani yang sanggup hadir ke stadium walaupun mengetahui mereka bakal ditenggelami oleh penyokong Indon - yang kurang ajar !

Antara faktor utama betapa sedikitnya penyokong skuad kebangsaan ketika itu adalah kerana pasukan senior Malaysia baru sahaja dimalukan dengan menjadi satu-satunya pasukan tuan rumah yang menjadi pasukan belasahan dalam Kejohanan Piala Asia, sebulan sebelum kejohanan Pestabola Merdeka bermula. Pada Piala Asia, Malaysia telah tewas 5-1 kepada Republik Rakyat China, 3-0 kepada Iran dan dibelasah '5-0' oleh pasukan Uzbezkistan sempena '50' Merdeka. Oleh faktor ini, penyokong tegar pasukan kebangsaan tidak turun ke stadium sebagai simbol protes, sesungguhnya penyokong yang kecewa itu tidak harus dipersalahkan.

Berbalik kepada 'malam Istora Senayan' di Shah Alam, sepak mula perlawanan antara Malaysia dan Indonesia berlangsung. Indonesia menjaringkan gol pendahuluan, saya tidak ingat minit ke berapa tetapi ia dijaringkan pada separuh masa pertama. Penyokong Indonesia menjadi gila secara serta merta, sudahlah mereka kurang ajar, menjadi gila pula mengalahkan penyokong Kelantan.

Namun penyokong Malaysia masih 'steady' menghadapi cemuhan yang tidak diundang. Tiada provokasi dari kem penyokong Malaysia melainkan penyokong Indonesia telah mula melempar botol ke arah penyokong Malaysia sebaik sahaja wisel rehat separuh masa berbunyi. Seorang penyokong Malaysia dengan berani bangkit memanjat besi, memekik rasa marah yang terpendam kerana botol tersebut hampir menyinggahi kepalanya. Saya yang berada beberapa langkah dari 'brader' tersebut menganggap tindakkan memarahi penyokong indon yang gila dan kurang ajar sebagai tidak munahsabah memandangkan jumlah skala penyokong adalah seperti satu nisbar dua puluh.

'Brader' dari kem Malaysia tersebut masih melaungkan amarahnya dan kelihatan ribuan penyokong indon datang merapat. Keadaan saya tidak begitu bebas memandangkan saya bersama dua orang anak buah yang masih bersekolah di sisi saya. Melindungi kedua-dua anak buah adalah objektif utama daripada bertempur dengan penyokong indon sekiranya perlu.

Antara sedar, tiba-tiba beberapa orang penyokong indon yang berjaya menyusup di celah-celah penyokong Malaysia sudah berada di hadapan 'brader' itu, lagaknya samseng yang ingin mula memukul. Ketika itu juga lebih ramai penyokong indon menghampiri dan dapat dilihat di penjuru kiri dan kanan stadium, lebih ramai penyokong indon memulakan langkah ke tengah stadium di mana terletaknya sekelompok penyokong Malaysia. Debaran kencang, saya sangka semua penyokong Malaysia akan mula berundur ke aras lebih tinggi bagi menyelamatkan diri. Tetapi sangkaan jauh meleset!

Penyokong Malaysia yang sekelompok bilangannya itu menyerbu ke arah 'brader' bagi menghalang indon kurang ajar yang ingin memulakan pergaduhan itu. Debuk debik pun bermula. Indon bermuka huduh dan kurang ajar itu berundur diikuti kemaraan penyokong indon lain yang tersekat apabila melihat keberanian penyokong Malaysia mengasak dalam perimeter kecil bagi melindungi penyokong senegara. Sesiapa di antara anda yang berada di stadium malam itu pasti tidak akan melupakan aksi berani penyokong Malaysia terhadap indon yang kurang ajar.

Lontar-melontar berlaku sambung menyambung. Kemaraan penyokong indon berjaya dihentikan. Tiba-tiba sebuah pangkin kerusi yang telah dicabut melayang ke arah indon yang berada di bawah menyebabkan ada di antara mereka yang berdarah di kepala. Mereka layak dilayan sedemikian ketika itu. Aksi tersebut juga menyebabkan segelintir indon lari menjauhi kem Malaysia. Saya fikir indon yang huduh dan kurang hajar ini sangat berani walaupun berada di negara orang, sangkaan saya meleset sekali lagi. Mereka tidak ubah seperti anjing yang lari terhencot apabila batu dibaling, walaupun jumlah mereka melebihi sepuluh kali ganda berbanding kem Malaysia, rupa-rupanya mereka adalah pengecut! dan juga bacul kerana hanya berani ketika bilangan mereka ramai!

Kesimpulannya, Indonesia yang serba kurang hajar itu boleh diajar secukupnya oleh rakyat Malaysia. Dengan muka huduh setiap pemudanya, dengan muka cantik setiap pelacur di kepulauan Batam dan Tanjung Balai, kita boleh mengajar setiap warga indon di bumi Malaysia dan juga bumi Indonesia. Tidaklah saya peduli walau secantik mana pun Cut Tari, Indonesia harus diajar !

Pertama, semua warga rakyat Malaysia harus membatalkan percutian ke Bali mahupun Bandung, asal ianya berbunyi indon, sila batalkan serta merta kerana tiada gunanya menyabung nyawa. Saya percaya ini sudah mula dilakukan oleh rakyat Malaysia. Seraya itu, industri pelancongan indon akan lumpuh separuhnya kerana warga Malaysia kerap bercuti di sana memandangkan faktor budaya dan linguastik yang hampir sama, cuma bezanya ialah indon itu kurang ajar bangsanya.

Kedua, kepada orang-orang kampung, sila laporkan kepada penguatkuasa imigresen serta merta apabila melihat kelibat indon di kampung masing-masing. Kerana daripada setiap dua orang indon, satu setengah daripadanya adalah pendatang asing tanpa izin yang mencari rezeki tidak halal di negara ini yang mereka pijak benderanya. Begitu juga orang-orang bandar yang lebih senang diwakili oleh petugas RELA, sila berkas semua rumah kongsi yang terdapat di serata bandar. Biar bangunan tidak siap, asalkan maruah negara tidak dicela dan lebih memedihkan apabila mereka cuba menyakiti rakyat Malaysia di Indonesia!!

Ketiga, kerahkan semua pasukan petugas RELA dan badan bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja membanteras PATI. Berikan elaun khas untuk setiap kepala indon busuk yang ditangkap.

Keempat, tutup pasar karat Chow Kit serta merta dan tutup semua penempatan indon di Kuala Lumpur. Halau mereka daripada melakukan perniagaan di tapak yang telah di'ali baba'kan. Tutup kawasan perniagaan tersebut, kerana ia sedikitpun tidak merugikan rakyat Malaysia, tetapi merugikan indon yang kurang ajar.

Kelima, hantar segera PATI Indonesia yang makan-minum percuma di setiap kem tahanan. Mengapa perlu ditanggung penyangak hidup yang tak boleh diajar ini.

Lakukan semua perkara di atas secara berterusan sehingga setiap wilayah Indonesia memohon maaf secara terbuka ke atas semua warga Malaysia.

Kita wajar bangkit apabila kedaulatan negara dicemar. Walaupun rakyat tidak mengantung bendera ketika sambutan merdeka, itu bukan bermakna kita harus berdiam diri apabila bendera kita di bakar dan rakyat kita diasak hebat di negara Indonesia!

Namun begitu, perlu di ingat bahawa ini juga bukan bermakna kita harus bersatu di bawah payung UMNO yang menjadi tunjang kerajaan, kerana Kerajaan Malaysia juga sedikit sebanyak menjadi punca terhadap kebiadapan indon-indon huduh di seberang sana.

Kita harus bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. Sepertimana mukadimah panjang yang menceritakan betapa beraninya penyokong Malaysia menghadapi keganasan penyokong indon yang rupa-rupanya si bacul, kita wajar mengajar setiap indon itu supaya menghormati bangsa dan negara lain.

Kepada si capik indon yang berani mengatakan "Jadikan Malaysia wilayah ke-34 Indonesia", maka saya katakan kamu indon-indon yang beratus juta jumlahnya itu tidak sedikitpun menimbulkan gentar di kalangan setiap rakyat Malaysia. Kerana sesungguhnya kamu indon, banyak menumpang kekayaan Malaysia dalam setiap rupiah yang dihantar pulang, sesuap nasi yang dijamah itu datangnya dari Malaysia.

Impian Indonesia Raya, akan dikenang sebagai impian yang tidak mungkin tercapai gara-gara rupa dan perangai indon yang huduh!



edyesdotcom

Sunday, September 5, 2010

engkau memang terer.... Dapat lima saman dalam sejam



ANGGOTA JPJ menyaksikan pemandu bas yang dikenakan saman (kanan) menulis maklumat peribadi di Setiu semalam.

SETIU - Sikap memandang mudah seorang pemandu bas ekspres terhadap undang-undang jalan raya memakan diri sendiri apabila dia dikenakan lima saman hanya dalam tempoh sejam dalam satu operasi penyamaran oleh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.

Saman atas pelbagai kesalahan itu dikeluarkan menerusi operasi khas yang dilakukan sempena Ops Sikap ke-22 bermula dari terminal bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini sehingga ke Stesen Penguat kuasa JPJ Air Sejuk di sini.

Pemandu berusia 62 tahun itu didapati memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta melanggar lampu isyarat.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, ketika lelaki itu ditahan, dia dengan selamba mendakwa tidak menyedari melakukan kesemua kesalahan tersebut.

kosmo

Gempa Bumi 7.1 Gegar South Island



Timbunan runtuhan di luar restoran makanan segera di pusat bandar Christchurch, New Zealand. - Foto AP

WELLINGTON (New Zealand): Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala richter memusnahkan bangunan, memutuskan bekalan tenaga dan mencetuskan panik di kalangan para penduduk South Island, di sini awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun setakat ini tidak ada kematian dilaporkan dengan hanya dua mangsa mengalami kecederaan.

Para penduduk panik yang berbaju tidur bertempiaran lari di jalanan Christchurch selepas gegaran awal subuh itu, kata seorang penduduk.

Turut dilaporkan beberapa orang terperangkap dalam bangunan runtuh - namun tidak ada sesiapa dilaporkan terhempap - hanya pencuri memecah masuk ke kedai yang musnah di bandar yang menempatkan 400,000 penduduk itu, kata pihak berkuasa.

Serombong dan dinding roboh dari bangunan lama, tenaga terputus, lampu isyarat tidak berfungsi, bekalan minyak dan air turut terganggu, menurut Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker.

Beliau memberi amaran bahawa gegaran pasca gempa bumi boleh mengakibatkan batu-batu jatuh dari bangunan yang rosak.

"Bahagian depan pada sekurang-kurangnya lima bangunan di pusat bandar telah runtuh, dan kesan runtuhannya berselerak di jalan-jalan raya," ujar penduduk, Angela Morgan.

Mark O'Connell pula berkata, rumahnya penuh dengan serpihan kaca, makanan yang tercampak keluar dari rak dengan set laci, televisyen dan komputer turut terhumban.

"Kami terlambung dari dinding ke dinding apabila cuba melarikan diri dengan menuruni tangga untuk menyelamatkan diri," katanya.

Agensi sains geologikal (GNS) melaporkan, gempa bumi yang melanda 30 kilometer barat Christchurch itu menggegarkan kawasan luas sehingga mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan. Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran itu berlaku pada 4.35 pagi waktu tempatan, mengejutkan ribuan penduduk dari tidur. Sejak itu, 12 gegaran kecil dirasai dengan anggaran magnitud antara 3.9 dan 5.3, lapor laman web GNS.

Dilaporkan sekurang-kurangnya enam buah jambatan di daerah itu rosak teruk, manakala hotel bersejarah Empire di pekan pelabuhan Lyttelton dalam keadaan 'sangat tidak stabil' dan menghadapi bahaya runtuh.

Sementara itu, jurucakap Kiwirail memberitahu, 13 buah gerabak barang terkandas di landasan South Island, dengan kerosakan turut dilaporkan di utara Christchurch.

Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch ditutup selepas gempa bumi, sebagai langkah berjaga-jaga, sambil pakar memeriksa landasan dan bangunan terminal, menurut jurucakapnya.

New Zealand terletak di atas permukaan kerak bumi di mana dua plat tektonik bertembung. Negara itu mencatatkan lebih 14,000 gegaran setiap tahun, tetapi hanya 150 dirasai oleh penduduk.

Gempa bumi kuat terakhir yang berlaku di wilayah Fiordland, South Island bermagnitud 7.8 pada 16 Julai 2009. Gegaran hebat itu menganjakkan penghujung selatan negara tersebut 30 sentimeter lebih hampir kepada Australia, jelas ahli seismologi, Ken Gledhill ketika itu. - AP

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here