Musa Kecewa Ada Pihak Campur Tangan Urusan Polis
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Isnin meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.
"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.
"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.
Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.
Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.
"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.
Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.
"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.
Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.
Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.
"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.
"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.
Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.
"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.
"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.
Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.
Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.
"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).
"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya. -
BERNAMA
Sudah hendak dipencenkan, mau lagi bersuara. Baru beberapa hari Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop mengetuai Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, mencadangkan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) dengan memasukkan beberapa pendekatan yang diguna pakai di negara-negara maju.
Dan KPN yang bernama Musa Hassan itu sepastinya tercabar dengan penemuan-penemuan KDN terhadap salahlaku KPN lantas Musa menuduh sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.
"Command and control" kata Musa. "Command and control" adalah satu bentuk procedur yang memungkinkan salahgunakuasa apabila ianya terletak ke bahu KPN yang sifatnya tidak amanah dan khianat, yang sifatnya pengampiu tidak berakal, yang sifatnya tidak mahu menerima penambahbaikan tetapi mahu menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya.
Kata Musa juga "masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.
"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.
"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.
Musa, dengar sini, rakyat tidak menuduh sembarangan. Rakyat juga tidak pernah menyatakan polis sentiasa dalam keadaan bersalah apabila berlaku saja kematian penjenayah. Rakyat juga tahu pengorbanan serta risiko yang diambil oleh polis sewaktu mengatasi jenayah.
Tetapi, apa yang rakyat persoalkan ialah apabila modus operandi polis membenteras jenayah dengan cara menembak mati suspek-suspek sebelum dapat dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah. Apa yang rakyat persoalkan ialah kekejaman polis yang menembak orang awam dan apa yang rakyat persoalkan ialah kematian mereka yang berada di dalam tahanan polis.
Memang ada anggota polis yang mati. Tetapi jangan lupa profession lain juga pun begitu, bukan terhad hanya kepada polis. Itu tentera-tentera, itu pekerja TNB pemanjat tiang eletrik, itu jaga yang sedang mengawal di depan bank, itu buruh binaan pengangkat simen menyiapkan bangunan 20 tingkat, itu anggota bomba yang menggadai nyawa di dalam kebakaran, itu wartawan dan sukarelawan Malaysia pulang dari Gaza yang nyawanya di hujung senapang tentera Israel, semuanya terdedah dengan kematian. Mereka semuanya berkhidmat untuk negara, mereka semua berjasa kepada negara, mereka semuanya terbuka kepada risiko kematian, bukan hanya polis! Tetapi mereka tidak menagih simpati, mereka tidak mempunyai lesen senjata api seperti polis. Apakah lantaran ada senjata api maka polis boleh melakukan apa saja dengan meletak undang-undang di tangan sendiri untuk menembak mati sesiapa yang disukainya seperti di dalam kes Aminul-rasyid dan Suwandi serta Azman?
Jika polis yang ada enggan untuk menanggung risiko kematian berhadapan dengan penjenayah, ayuh jangan jadi anggota polis. Lebih ramai yang sedang menganggur yang bisa mengisi kekosongan di PDRM, yang rela bertugas demi keselamtan negara secara jujur dan tidak takut mati.
Memang wajar kamu dibersarakan, malah sepatutnya lebih awal dari itu. Ia adalah lebih baik untuk kamu sedangkan kesalahan-kesalahan terlalu banyak sebagai KPN, belum lagi dimasukkan konspirasi kamu bersama Peguam Negara untuk memenjarakan Anwar, penipuan kamu terhadap kelulusan akademik di mana kamu mendakwa kamu mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang sedangkan kamu hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri.
Kamu sepatutnya bersyukur kerana tidak didakwa dan dipenjarakan untuk menghabiskan sisa umurmu!
gb
cari maklumat di sini
Tuesday, September 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment