IBU BUANG BAYI KERANA BERAMBUT PERANG
Seorang ibu meninggalkan anak yang baru dilahirkannya di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi China kerana anak perempuannya itu berambut perang, lapor sebuah akhbar semalam.
Bayi malang itu ditemui oleh seorang wanita yang terdengar tangisannya, baru-baru ini.
Dia ditinggalkan bersama sekeping nota, beberapa helai pakaian bayi dan satu sampul surat berisi wang berjumlah 3,900 yuan (RM1,926).
“Saya sedang berjalan ke tempat kerja dan terdengar suara tangisan daripada dalam selimut di tepi jalan. Apabila dibuka, saya lihat seorang bayi sedang menangis,” kata wanita tersebut.
Nota yang ditinggalkan itu berbunyi: “Saya berharap orang yang baik hati boleh membantu menghantar bayi ini ke rumah anak-anak yatim. Anakku, aku ibu yang tidak bertanggungjawab. Maafkan aku.”
Polis mengesyaki bahawa ibunya membuang anaknya kerana dia berambut perang dan kemungkinan disebabkan oleh jantina bayi itu perempuan atau ibunya tidak mampu untuk membesarkannya.
Keluarga di China hanya dibenarkan mempunyai seorang anak bagi mengurangkan populasinya yang mencecah 1.3 bilion orang
rentakinfo
kat malaysia buang bayi ...pasal dah terlebih projek haram jadi masing2 yang jadi bapak ayam tak nak bertanggung jawab...emak ayam yang paksa rela akhir jadi mangsa keadaan...jalan akhir...anak nak di buat macam "anak ayam" aje...tapi ibu ayam spesis benatang lebih bersifat keibuan dari manusia yang berspesis ibu ayam yang bersifat kebenatangan..akhirnya jumpalah anak tu di tong sampah ,depan masjid ,tepi jalan ataupun tersangkut di celah2 sampah di dalam sungai!!!
No comments:
Post a Comment