Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu.
Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
“Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. “Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu,” kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.
Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.
“Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.
Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga,” katanya.
Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.
Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
“Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM,” katanya.
Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itu dari terus berlaku.
kl-today
No comments:
Post a Comment