cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, October 29, 2011

Negeri Sembilan julang Piala Malaysia , atasi Terengganu 2-1

 

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga malam ini dengan menewaskan Terengganu 2-1 pada pertemuan yang agak seimbang di Stadium Shah Alam di sini.

Pasukan itu yang ketinggalan 0-1 di awal babak kedua menjaringkan dua gol menerusi S Kunalan dan Hairuddin Omar. Hairuddin juga diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Pemain pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia edisi 2011 malam tadi.

Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Shamuddin pada minit ke-59.

Negeri Sembilan, yang memasuki final tiga kali berturut-turut, menyumbat jaringan ekoran kesilapan dilakukan oleh penjaga gol Terengganu Sharbinee Allawee.

Pertemuan malam ini, yang diselubungi kontroversi berkaitan harga tiket, merupakan final yang keenam bagi skuad Rusa.

Pasukan Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1948 dan 2009.

Piala disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here