
DALAM kegilaan Malaysia menaikkan harga minyak dengan alasan harga minyak dunia meningkat dan tanggungan subsidi kerajaan semakin membebankan, di negara jiran kita Indonesia, syarikat minyak di sana nampaknya berlumba-lumba menurunkan harga minyak untuk pengguna [Kompas].
Kerajaan hari ini menganggap rakyat sebagai beban kerana terpaksa memberikan subsidi minyak. Dengan alasan kononnya tangungan subsidi semakin membebankan kerana harga minyak dunia semakin meningkat, ternyata rakyat Malaysia di "goreng" hidup-hidup. Buktinya Indonesia berlumba-lumba menurunkan harga minyak untuk meringankan beban rakyat sedangkan Malaysia pula menggila menaikkan harga.
Seperti biasa rakyat terpaksa berkorban, terkorban dan dikorbankan untuk mengekalkan kuasa gerombolan songkok tinggi yang melaungkan slogan "rakyat didahulukan".
Kalau harga minyak di Malaysia di tentukan oleh Syarikat Minyak tentu lebih menarik harga tersebut. Pasti mereka jua akan buat perkara yang sama. Rakyat yang untung.
No comments:
Post a Comment