cari maklumat di sini
Friday, June 17, 2011
apabila kerajaan sendiri bersubahat dengan isu menghina islam...biar Allah SWT sahaja menjatuhkan hukum golongan laknat ini ....!!!
Melihat lakaran dan dialog kartun yang disiarkan oleh akhbar milik Umno iaitu Utusan Malaysia di atas kita dapat tafsir seperti berikut:
1. Ketua Pengarang dan bos-bos di dalam Utusan Malaysia adalah terdiri dari mereka yang jahil-jahil belaka jika pun tidak...kenapa dengan sengaja mahu mencabar hukum Allah.
2. Mereka mahu menunjukkan bahawa Tok Penghulu yang biasanya dilantik oleh Kerajaan Umno/Bn adalah terdiri daripada mereka yang jahil-jahil agama belaka. Sebab itu lahirlah dialog seperti yang dinyatakan oleh Penghulu di dalam lakaran kartun di atas.
3. Utusan juga mahu memperbodohkan pembaca apabila dialog di atas menyebut mangsa rogol sempat merakam kejadian rogol yang berlaku dengan menggunakan telefon bimbit. Lojiknya, adakah mangsa rogol boleh merakamkan kejadian rogol? Sering terjadi, si perogol yang merakamkan kejadian tersebut atau mereka yang bersubahat dengan perbuatan rogol itu. Mana mungkin si perogol boleh membenarkan mangsa rogol merakamkan kejadian rogol? Seandainya kejadian itu bukan rogol tetapi berlaku secara suka sama suka, memang lojik gadis itu merakamkannya melalui telefon bimbit. Tetapi, peristiwa yang digambLinkarkan di dalam kartun di atas bukan ZINA (suka sama suka) tetapi yang berlaku adalah ROGOL.
4. Akhbar Utusan mempunyai niat jahat untuk mempersendakan hukum Allah dengan menyamakan hukum terhadap kes rogol dengan kes zina. Ini satu perbuatan meminda hukum Allah dan kita tahu apa akibat perbuatan mereka ini.
Bila kita membaca ulasan Dr Asri di sini, beliau memperjelaskan bahawa di dalam kes ROGOL /Cabul, Islam memang boleh menerima bukti `Qarinah' seperti video atau rakaman dan bukti yang lain seperti yang terjadi di dalam kisah Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha. Di dalam kisah tersebut, Nabi Yusuf tidak merogol Zulaikha tetapi difitnah oleh Zulaikha bahawa Nabi Yusuf cuba menggoda atau mencabulnya. Maka, baju yang koyak dijadikan bukti atau kesaksian Qarinah. Ini bukan kes zina.
Dr Asri juga memperjelaskan bahawa di dalam kes tuduhan Zina, Islam memerlukan 4 orang saksi melainkan bagi suami atau isteri yang menuduh di antara mereka berzina, maka sumpah dilakukan (Li'an). Hukum ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja.
Ertinya, sumpah laknat yang dilakukan oleh orang yang menuduh orang lain berzina yang bukan suami atau isteri mereka maka itu tidak terpakai di dalam Islam. Begitu juga, bukti video juga tidak terpakai sebagai Qarinah di dalam kes zina. Di dalam kes rogol, bukti qarinah boleh diterima.
Sehubungan itu, amat wajar akhbar ini diambil tindakan tegas oleh kerajaan sekiranya kerajaan kita ini serius di dalam hal ehwal Islam. Tetapi sekiranya kerajaan juga bersubahat dengan perkara terkutuk seperti ini demi kepentingan mereka, kita serahkan kepada Allah untuk menghukum golongan laknat ini.
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment