cari maklumat di sini
Tuesday, June 14, 2011
kerajaan UMNO pornokan 1 malaysia...ketuk ketampi bogel berulang kembali...
Dua wanita warga Singapura ditahan imigresen Malaysia selepas didakwa bersalah memasuki negara ini secara tidak sah
Malaysia yang didakwa negara Islam dan mengamalkan sifat toleransi oleh para pemimpin parti pengamal porno kembali dilanda kontroversi lagi. Dulu sudah riuh dengan hukuman pihak berkuasa yang meminta pesalah melakukan ketuk ketampi sambil berbogel. Kini ianya kembali lagi.
Dilaporkan media, dua orang wanita warga Singapura telah diarahkan ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia sambil digari selepas dikatakan memandu ke Johor Bahru secara tidak sah.
Dua wanita berkenaan dilaporkan masuk ke Johor Bahru kerana ingin makan lewat malam dengan memandu kereta Nissan Latio yang baru sebulan dibelinya.
Dikatakan wanita berkenaan memandu ke Johor Bahru secara tidak sah dengan passport masing-masing tidak dicap ketika melalui kaunter imigresen.
Menurut salah seorang wanita berkenaan yang hanya dikenali Lim menyangka Malaysia menggunakan sistem imbasan biometrik dan terus memandu masuk melalui laluan yang menunjukkan lampu hijau menyala dan penghadang sudah dibuka.
Sebelum itu, Lim berkata dia telah menekan interkom namun ianya tidak kedengaran apa-apa sebelum memandu masuk ke Johor Bahru. Namun setelah menyedari mereka memasuki Malaysia tanpa dicap passport, mereka segera berpatah balik melakukan pusingan U.
Kira-kira pukul 2 pagi, mereka telah ke kaunter imigresen dan menjelaskan kesilapan mereka kepada pegawai-pegawai bertugas namun pegawai-pegawai berkenaan tidak menerima alasan itu, walaupun wanita berkenaan mengaku baru sahaja memasuki Malaysia dan meminta ianya dirujuk kepada semakan waktu mereka memasuki Malaysia dan rakaman CCTV di imigresen Singapura.
Menurut sumber dari The Malaysian Insider, kedua-dua wanita berkenaan telah dikurung dalam sebuah bilik selama dua jam sebelum dibawa ke bilik mesyuarat kira-kira jam 4 pagi.
Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chang berkata pada tengah hari Khamis, seorang pegawai imigresen memberitahu bahawa mereka perlu membayar denda sebanyak RM3,000 seorang sebelum dilepaskan.
Bagaimanapun seorang lagi pegawai berkata mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara lima tahun kerana memasuki Malaysia secara haram.
Wanita berkenaan berkata mereka menandatangani satu borang dalam Bahasa Malaysia dan meminta untuk ke ATM.
Mereka menunggu hampir tiga jam namun tiada sesiapa yang membawa mereka, kata mereka kepada akhbar Straits Times Singapura.
Pada pukul 5 petang, mereka diberitahu akan dihantar ke Pusat Tahanan Pontian untuk ditahan selama 14 hari.
Di pusat tahanan itu, wanita itu digari. Mereka juga dikehendaki menanggalkan barang kepunyaan masing-masing.
“Mereka minta kami agar tanggalkan pakaian, tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam dan kemudian minta kami melakukan ketuk ketampi,” kata Lim.
Selepas melakukan 10 kali ketuk ketampi, wanita itu diarahkan memakai semula seluar dan diberikan sehelai kemeja-T.
Mereka kemudian diletakkan dalam sebuah bilik sebesar gelanggang bola keranjang bersama 50 wanita lain, kebanyakannya daripada Indonesia, China dan Filipina.
Kedua-dua wanita itu ditahan selama satu malam dan pada pukul 5 petang keesokan hari, mereka diberitahu akan dibebaskan dan dihantar menaikan sebuah van dengan enam tempat duduk ke Jabatan Imigresen di Causeway di mana mereka turut menerima surat amaran.
Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.
“Saya tidak rasa akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi. Saya bimbang perkara sama akan berulang,” kata Lim.
Sungguh memalukan apabila negara yang didakwa mengamalkan ajaran Islam, bersifat toleransi dan diwar-warkan mendapat perhatian dunia dengan kehebatannya telah bertentangan dengan apa yang didakwa.
Ianya berlaku ketika negara ini dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa mereka mempunyai kepimpinan sempurna dan hebat dan tidak boleh ditandingi oleh pihak lain sehingga ada negara lain mahu mencontohinya.
Padahal yang realitinya, ianya sudah pun terpalit dengan cerita-cerita yang mengaibkan seluruh dunia dengan amalan fitnah dan penyebaran video seks secara berleluasa tanpa ada sekatan, gejala rasuah semakin berleluasa sehingga setaraf dengan negara dunia ketiga, sebaris negara-negara di Afrika.
Sekarang, sewenang-wenang melakukan kebiadapan terhadap warga negara jiran dengan hukuman mengaibkan ketuk ketampi secara berbogel. Di manakan letaknya akal fikiran yang waras sebagai seorang manusia yang menjadi warganegara Malaysia?
Begini ke taraf ketamadunan manusia yang dipimpin kerajaan yang sarat dengan gagasan dan motto termasuk Islam Hadahari, 1Malaysia dan sebagainya. Namun ciri-ciri kesopanan dan kesusilaannya ntah kemana. Jika ianya tidak diubah, semakin hari semakin hancur, semakin parah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment