cari maklumat di sini

Your Ad Here

Sunday, January 2, 2011

Lupa tarikh nikah....alasan menipu....akhirnya kantooi....!!!!



PASANGAN berkhalwat yang dicekup di sebuah motel murah di Tandop, Alor Setar
dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Kedah untuk soal siasat.

Lima pasangan dicekup di hotel murah di Alor Setar

ALOR SETAR: Sambutan ambang tahun baru pada malam Sabtu lalu dicemari noda apabila ada pasangan remaja mengambil kesempatan melakukan maksiat untuk melampiaskan nafsu di hotel murah atau motel di sekitar bandar raya ini.
Dalam operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan dianggotai oleh beberapa pihak berkuasa lain, termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pelajaran Negeri, lima pasangan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan kerana berkhalwat.
Penolong Pengarah JAIK, Sheikh Mohd Suhaimi Saleh, berkata pasangan terbabit ditahan dalam serbuan di hotel murah dan motel di Tandop, Alor Mengkudu selain berdua-duaan di kawasan berhampiran Stadium Darulaman.

Sheikh Mohd Suhaimi berkata, sepasang kekasih yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Tandop bukan saja memberikan alasan sudah berkahwin sebagai helah untuk melepaskan diri daripada JAIK, malah turut menipu anggota penguat kuasa dengan memberikan jawapan palsu mengenai nama jurunikah, imam, saksi dan nama bapa mentua.

Namun akibat gelabah ditahan, mereka bagaimanapun terlupa tarikh perkahwinan menyebabkan taktik mereka terbongkar, selain gagal menunjukkan dokumen pernikahan mereka.

Katanya, pada mulanya pasangan berusia 25 dan 26 tahun itu enggan membuka pintu bilik motel, tetapi mengalah apabila penguat kuasa bertegas mahu melakukan pemeriksaan.
"Pemuda itu dengan selamba memberitahu mereka sudah bernikah kira-kira setahun lalu dengan memberikan beberapa nama, termasuk juru nikah, imam, wali dan saksi, tetapi tidak ingat tarikh pernikahan mereka.

"Helah mereka tidak menjadi apabila pasangannya memberitahu terlupa nama bapa mentuanya apabila disoal oleh pegawai penguat kuasa wanita yang turut serta dalam operasi itu," katanya ketika ditemui di sini selepas mengetuai operasi selama lebih sembilan jam bermula jam 10 malam, Jumaat lalu.

Sheikh Mohd Suhaimi berkata, satu lagi pasangan ditahan ketika berdua-duaan di dalam kereta di pekarangan Stadium Darulaman.

Katanya, semua kelima-lima pasangan terbabit dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan penahanan sebelum dibawa ke pejabat JAIK dan diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here