cari maklumat di sini

Your Ad Here

Sunday, January 2, 2011

bila tak guna kepala dan otak...ekor juga pilihanya...Pesara dakwa jadi mangsa saman ekor



Seorang pesara bingung apabila menjadi mangsa saman kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menggunakan nombor pendaftaran sama dengan kenderaan lama miliknya.

Mangsa, Long Chong Suo, 66, mendakwa menjadi mangsa kes saman ekor terbabit yang diterimanya pada 13 Mei lalu atas kesalahan melanggar lampu isyarat di Jalan Ampang. “Saya terkejut kerana nombor pendaftaran itu sama dengan nombor kereta saya, AAP 786, tetapi berlainan jenis dan tidak percaya apabila menerima notis kompaun.

“Surat saman berkenaan memaklumkan saya melanggar lampu isyarat pada 13 Mei lalu, namun saya sebenarnya berada di Perak ketika itu,” katanya. Menurutnya, dia membuat rayuan kepada Polis Trafik Kuala Lumpur, tetapi tiada tindakan diambil. “Saya berharap rayuan dikemukakan ini diambil perhatian oleh pihak atasan,” katanya.


hm

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here