cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, January 8, 2011

Imbas Badan Dianggap Hakis Kebebasan



Washington: Bekas calon presiden, Encik Ralph Nader, semalam berkata amalan mengimbas badan dan kawalan keselamatan yang kian ketat di lapangan terbang Amerika Syarikat menghakis kebebasan warga Amerika dan menyifatkan agensi yang menjalankannya sebagai 'gila'.

'TSA (Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan) gila, keseluruhannya,' kata Encik Nader pada sidang pertama di Amerika mengenai langkah-langkah keselamatan baru yang kontroversial yang dilaksanakan di lapangan-lapangan terbang di seluruh negara itu.

Ini termasuk alat pengimbas X-ray yang menghasilkan imej grafik tubuh bogel seseorang - anggota sulitnya dan kesemua - di samping pemeriksaan badan termasuk meraba bahagian sulit para pelancong yang enggan menjalani alat pengimbas itu.

Sesetengah pelancong mengadu bahawa alat pengimbas itu terlalu 'mendedahkan', manakala yang lain, termasuk seorang juruterbang, pernah berkata mereka berasa dicabul selepas diraba oleh ejen-ejen TSA.

Para penumpang dan kakitangan syarikat penerbangan pernah menceritakan kisahkisah menarik di mana mereka telah diminta menanggalkan payu dara palsu yang dipagai atau beg penampung air kencingnya dibocorkan semasa pemeriksaan.

Para ibu bapa juga mengadu anak-anak kecil mereka turut diperiksa dengan kasar oleh ejen-ejen TSA.

Strategi keselamatan TSA itu merupakan satu reaksi serta-mertanya terhadap serangan-serangan pengganasan yang gagal, kata Encik Nader.

'Jika ada pengebom kasut, maka kami pun kena buka kasut kami.

'Ada pula seorang pengebomyang menuju ke Detroit pada Hari Natal tetapi gagal dalam rancangannya, maka kami pun terpaksa menggunakan alat pengimbas baru ini,' kata beliau sambil merujuk kepada seorang pemuda Nigeria yang gagal meletupkan bahan letupan yang dijahit pada seluar dalamnya sedang penerbangan beliau ke Amerika hampir mendarat pada Hari Natal pada 2009.

Selepas ini, para pelancong Amerika mungkin dikenakan pula pemeriksaan rongga badan, tambahnya.

'Apa yang berlaku ialah, kita semakin kehilangan kebebasan kita,' kata Encik Nader.

Pandangan itu dikongsi oleh kebanyakan penceramah di sidang tersebut, yang dianjurkan oleh Pusat Maklumat Rahsia Elektronik dan mempunyai kias seleweng dengan 'Pelucutan Kebebasan'.

'TSA mahu menggunakan mesin-mesin itu untuk melihat kita telanjang sebelum kita menaiki pesawat,' kata ketua Parti Pendukung Kebebasan, Encik Wes Benedict.

'Tetapi jika anda tidak mahu kelihatan berbogel, badan anda boleh diperiksa seperti seorang penjenayah dan diraba,' kata beliau, sambil bersetuju dengan pandangan Encik Nader bahawa langkah keselamatan baru itu 'menginjak-injak hak asasi dan membazirkan wang kita'. -- AFP.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here