cari maklumat di sini
Wednesday, December 29, 2010
Rasuah.... Alcatel, didakwa ganjaran dapatkan kontrak 3G
Telekom Malaysia Bhd (TM) menjanjikan siasatan berhubung dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang membawa kepada pemerolehan kontrak AS$85 juta (RM267 juta) oleh syarikat telekomunikasi ternama Alcatel Lucent SA, yang menurut sumber ia terdedah tiga tahun lalu tetapi tidak pernah disiasat.
Maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 bagi mendapatkan “maklumat bukan awam” berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing, dipercayai untuk anak syarikatnya Celcom Malaysia memperoleh perkhidmatan mudah alih 3G, yang dilancarkan pada 2005.
“Perkara itu dibangkitkan memandangkan urusan itu tidak mematuhi prosedur-prosedur (yang ditetapkan). Tetapi tiada tindakan diambil,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider difahamkan, pengarah TM Datuk Nur Jazlan Mohamed telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa audit selepas elemen pelanggaran peraturan dikesan tetapi tidak pernah disiasat.
Ahli Parlimen Pulai itu, yang juga Pengerusi UDA, mengesahkan keputusan beliau meletakkan jawatan tetapi enggan mengulas demi menghormati peraturan tidak boleh membocorkan rahsia korporat.
TMI kini dikenali sebagai Axiata Bhd dan disenaraikan di Bursa Malaysia. Pengerusinya ialah Tan Sri Azman Mokhtar, yang juga pengarah urusan Khazanah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Telekom Malaysia berkata, pihaknya mengambil berat dakwaan yang mengaitkan syarikat nasional itu dengan skandal tersebut.
“Kami memandang serius dakwaan-dakwaan ini dan akan meneruskan siasatan menyeluruh demi mempertahankan integriti proses pemerolehan dan memastikan pematuhan Kod Etika Perniagaan (CBE).
Katanya, sebaik sahaja ada penemuan kukuh, pihaknya akan memaklumkan pihak berkuasa.
“Kami akan memberi kerjasama sewajarnya, yang diperlukan.
“TM ada dasar tidak akan bertolak ansur dalam soal amalan tidak sihat dan yang tidak wajar, dan akan mengambil tindakan sekiranya ada pekerja kami terlibat,” kata syarikat itu lagi.
Sumber syarikat memberitahu, Alcatel memperoleh kontrak untuk membekalkan kelengkapan perkhidmatan 3G meskipun ia tiada pengalaman dalam sektor tersebut. Kelengkapan itu kemudian dibatalkan, kata sumber itu lagi.
Difahamkan, ada banyak lagi kes pelanggaran peraturan dalam TM membabitkan pemerolehan daripada Alcatel yang tidak disiasat oleh SEC.
Semalam, Alcatel bersetuju untuk membayar lebih AS$137 juta (RM430.4 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan AS bahawa ia membayar berjuta-juta dolar dalam bentuk rasuah kepada pegawai-pegawai asing untuk memperoleh bisnes di Amerika Selatan dan Asia.
Pengeluar kelengkapan telekomunikasi ini dituduh membuat bayaran kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak-kontrak yang diperoleh, melibatkan nilai berjuta dolar, kata SEC dan Jabatan Kehakiman AS.
Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat itu menggunakan khidmat perunding yang menyalurkan lebih AS$8 juta untuk membayar rasuah kepada pegawai-pegawai terbabit.
Malah, Alcatel didapat melantik ejen-ejen di negara-negara seperti Nigeria untuk mendapatkan kontrak, kata pihak berkuasa.
Pada keseluruhannya syarikat itu mengaku memperoleh keuntungan bernilai AS$48.1 juta ekoran pembayaran-pembayaran tidak sewajarnya, kata Jabatan Kehakiman.
Syarikat itu bersetuju untuk membayar AS$92 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan jenayah yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman dan juga AS$45 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan sivil dibawa SEC.
TMI
Labels:
rasuah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment