cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, December 30, 2010

kad kredit....Bank islam pulak lebih penjarah dari bank bank yang lain....????



Saya telah berhenti kerja dan tak mampu nak bayar hutang2 yang masih tertunggak.Ada hutang rumah,peribadi,kereta,dan .....Pendapatan saya hanya bergantung kepada berniaga tepi jalan dan dapat le 1.7K sebulan.itupun kalau cuaca baik ,kalau tidak ..parah.Nak tanggung anak bini,hutang keliling pinggang ,anak nak sekolah pulak tu.Sebenornye saye nak cerita macamane kejam nye bank islam.

Mungkin boleh diberi nama 'Bank Ah Long Islam'.Hutang kad kredit saya sebanyak 10K dan telah banyak kali saya beritahu tak mampu nak bayar minimum dan kalau boleh diringan kan jumlh bayaran.Tapi jawapan yang diterima - mesti bayar secukupnya dan tiada alasan.Cuba bayangkan saya kais pagi makan pagi saja.Kalau tak bayar tindakan undang2 akan dikenakan.Saya sebelum tu telah berjumpa dengan pegawai bank rakyat dan berbincang ,mereka memberi kelonggaran dengan bayaran RM100 sahaja daripada RM800 sebulan sebelum itu.

Saya sangat2 terhutang budi kepada bank rakyat .Berbalik kepada cerita bank Islam tadi,setelah 2 bulan tak bayar minimum ( bayar setakat mampu saja),lawyer BI pulak call - kalau tak bayar kena tindakan mahkamah dan bayaran lawyer rm1700 dikenakan dan akhirnya barang2 akan di SITA.Ini betul2 gila punya bank Islam .Saya sungguh kecewa dengan Bank ni.Nasihat saya kepada semua supaya elak diri dari card credit BI , kerana masa depan kita tak pasti, mungkin jadi seperti saya.

Saya syorkan buat le pinjaman dengan Bank Rakyat,kita majukan bank ini.Jangan harapkan nama saja Islam tapi kejam.InsyAllah saya akan keluarkan duit simpanan anak2 dalam BI dan pindahkan ke BR.Jika ada saudara mara atau kawan2 saya akan syorkan BR,elakan BI.Kalau ada kawan2 yang boleh bantu saya tentang kes card kredit ni boleh bagi idea.


kerashati

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here