cari maklumat di sini
Sunday, December 26, 2010
Ketegangan Hubungan Malaysia-Indonesia Lambang Kegagalan kerajaan UMNO
Kajian: 60 peratus rakyat Indonesia kata tak suka Malaysia
Ketika Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk bertarung pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Kuala Lumpur esok, satu hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.
Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia. Kajian itu dikendalikan ketika situasi tegang ekoran siri demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia tiga bulan lalu.
Ketika itu juga wujud cadangan agar Putrajaya memanggil balik duta Malaysia di Indonesia sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.
Ketika itu isu “Ganyang Malaysia” dibawa oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) itu dikeluarkan kelmarin, tiga hari sebelum pasukan kedua-dua negara turun gelanggang pusingan pertama Piala Suzuki AFF.
Malaysia dan Indonesia bertemu di Bukit Jalil malam esok sebelum pertemuan susulan Rabu depan di sini.
Laporan Jakarta Globe menyebut, hasil kajian itu mendapati 59.2 peratus responden dari 100 kawasan di seluruh Indonesia tidak menyukai Malaysia — kadar yang lebih tinggi berbanding dengan sentimen negatif dan tidak senang 46.4 peratus terhadap Amerika Syarikat.
Ia juga mendapati 67.5 peratus responden percaya bahawa hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia sangat buruk, sekali gus menyumbang kepada sentimen negatif.
Terdapat sekitar 1.1 juta pekerja asing Indonesia di negara sekarang.
Penyelaras kajian itu, Ardian Sopa berkata, sentimen itu berkaitan dengan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu yang dituntut oleh Malaysia.
Beliau juga mengaitkan dengan isu penahanan tiga pegawai maritim Indoneia oleh pihak berkuasa Malaysia di sebalik penahanan nelayan-nelayan Malaysia oleh republik itu beberapa bulan yang lalu.
Ardian juga berkata, kira-kira 60 peratus responden juga kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu-isu hubungan dua hala dan 50 peratus responden percaya kerajaan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.
Katanya, sentimen kurang senang itu banyak diperlihatkan oleh responden golongan muda dan mereka memperoleh pendapatan yang agak selesa manakala generasi berusia dan memiliki wang yang sedikit kelihatan kurang bermasalah dengan negara jiran Malaysia.
Penemuan signifikan, menurut beliau ialah 63 peratus responden menyatakan kesediaan untuk berperang dengan Malaysia bagi mempertahankan Indonesia. -TMI
Indonesia larang temubual pemain
SKUAD Indonesia tiba di tanah air tengahari semalam tetapi amat mengecewakan apabila pengurusan pasukan itu yang melarang pemain daripada ditemubual pemberita yang membuat liputan pertama sesi latihan mereka di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.
Larangan itu jelas mengecewakan puluhan wartawan termasuk wartawan republik itu yang menunggu setia dalam hujan lebat sejak jam 5 petang hingga tamat sesi latihan kira-kira jam 7 petang.
Cristian Gonzales dan Bambang Pamungkas yang menjadi tumpuan wartawan hanya sekadar melemparkan senyuman dan memberitahu tidak boleh ditemubual ketika disapa wartawan.
Sementara itu, jurulatih Alfred Riedl yang ditemui selepas sesi latihan itu berkata, pasukannya akan tetap menjalani latihan hari ini walaupun ada di kalangan pemainnya menyambut perayaan Krismas. -BH
Ketegangan Malaysia-Indonesia adalah hasil kelembapan kerajaan Malaysia sendiri di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Mohd Najib yang tidak mengambil berat serta tidak mengindahkan kepentingan hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Diperburukkan dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sendiri yang bersikap "denials syndrome" apabila berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.
Kita cabar Anifah untuk berdiri sendiri di tengah masyarakat Indonesia, tanpa sebarang protokol sebagai menteri. Biar dia dengar dan rasa sendiri apa yang dilakukan oleh masyarakat Indon jika apa yang didakwakan itu benar.
Pendedahan Wikileaks baru-baru ini yang menyatakan seorang amah Indonesia dirogol oleh menteri kabinet kerajaan UMNO BN di era Pak Lah sebagai PM turut memburukkan suasana. Apa tah lagi kes itu disorokkan dan menteri itu tidak diambil apa-apa tindakan. Laporan tersebut di bawah ini...
WikiLeaks: Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?
Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.
"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.
"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.
"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.
"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.
"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.
Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.
Penganiayaan terhadap wanita
"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.
Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.
Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.
Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.
Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.
Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.
Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.
Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.
Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit. -FMT
Menteri rogol amah tetapi selamat
KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.
Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.
Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.
Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.
Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.
Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.
Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.
Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.
Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. -harakahdaily
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment