cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, June 25, 2011

Mati Terkena Tembakan Senapang Angin

 

Seorang pengusaha kolam ikan terbunuh apabila senapang angin buatan sendiri yang sedang dibersihkannya tiba-tiba meletup dan pelurunya terkena kepalanya di rumahnya di Felda Lasah, Sungai Siput, kira-kira 45 kilometer dari sini, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata Basri Din, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kira-kira tujuh jam selepas kejadian pada kira-kira 2 petang.

Anggota keluarganya pada mulanya membawanya ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dimasukkan ke HRPB, katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Dzuraidi berkata polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui selaras senapang yang menggunakan peluru “ball bearing”.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut dan tidak membabitkan unsur jenayah, katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui di HRPB berkata dia sedang tidur apabila dikejutkan oleh bunyi kuat.

“Saya terkejut daripada tidur apabila mendengar bunyi kuat seperti tayar lori meletup dan apabila bangun ternampak Basri terbaring dan mukanya berlumuran darah,” katanya.

Katanya, dia terus membawa mangsa ke sebuah klinik di Lasah sebelum dimasukkan ke hospital itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here