cari maklumat di sini
Saturday, April 30, 2011
Penambah Golongan Munafiq
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu. Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan.
Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam. Seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu dan perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan tidak membuat dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an. Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah. Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan. Tetapi mestilah semuanya dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
Kalau bersumpah bukan arahan mahkamah, tiada faedahnya kerana tidak kena dengan hukum syarak. Dalam kes bersumpah yang dilakukan Eskay, tiada sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” kata Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al-Khattab, Bukir Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz.
Dalam situasi pertama, Eskay memang yakin tidak boleh mengadakan saksi yang dinyatakan dalam undang-undang Islam. Oleh sebab itu, mereka akan didapati bersalah dan kena sebat 80 rotan. Mereka tidak rela berbuat demikian. Ketidakrelaan itulah yang mendorong mereka melanggar hukum Allah. Umat Islam yang memahaminya berasa amat sedih apabila pelanggaran hukum itu dialu-alukan oleh menteri yang menguruskan hal agama Islam dan disambut dengan gembira oleh TV3, Utusan Malaysia, dan Berita Harian. Media yang termakan hasutan syaitan ini tergamak pula melabelkan Anwar yang tidak mahu bersumpah laknat sebagai individu yang mengengkari perintah Allah. Lebih mengejutkan ialah mereka menghilangkan semua pandangan para ulama dalam kes ini. Masya Allah!!! Sanjungan berlebihan terhadap golongan yang jahil ini memberi tamparan hebat kepada pemuka-pemuka Islam dalam UMNO yang terus berdiam diri dan membisu. Adakah UMNO sudah dijangkiti sindrom munafiq ?
Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4:
[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). Dalam pada itu mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?
Dalam keadaan yang kedua, umat Islam yang mengerti akan mentertawakan Eskay. Sejak bila dia "memperisterikan" Anwar sehingga mengucapkan sumpah laknat sebelum tuduhan didengar oleh hakim di mahkamah syariah? Benda ini pelik, tetapi telah dua kali berlaku di Malaysia yang katanya diiktiraf sebagai negara Islam yang progresif. Semua kejadian ini menunjukkan betapa jahilnya kerajaan BN yang diterajui UMNO sehingga hal sejahiliah ini pun boleh berlaku dalam abad ke-21 hanya sanya demi mempertahankan kuasa dan membunuh karekter pemimpin Pakatan Rakyat.
Rakyat Malaysia sudah tahu matlamat utama penyerlahan video seks ini sejak awal lagi. Mereka mahu memperdaya Ahli Dewan Rakyat dari PKR yang mempercayainya menyeberang ke UMNO/BN. Sayangnya, jerat tidak mengena, sebaliknya makan tuan!!! Setelah kepanasan dengan ketidakterimaan rakyat terhadap dakwaan fitnah ini, mereka mengambil pendekatan salah kononnya untuk membersihkan diri. Yang berlaku ialah mereka terjunam ke lembah kesesatan yang dahsyat. dan dipandang hina oleh masyarakat. Inilah balasan semerta Allah terhadap orang yang mengengkari suruhanNya.
ruhan
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment