cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, April 27, 2011

kerajaan di gesa minta maaf dan pulang balik bayaran kompound rakyat yang telah di perangkap dengan saman ekor....!!!!



Kerajaan di gesa  meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen yang disenarai hitam tanpa bukti sebelum ini.
Kerajaan juga perlu memulangkan segala bayaran kompaun yang telah dibuat pemilik kenderaan akibat kaedah senarai hitam itu.

Selain itu, kerajaan digesa mengeluarkan rekod kesalahan yang tidak dibuktikan di Mahkamah daripada sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menghapuskan semua saman ekor yang tidak dibuktikan.

Sekiranya tindakan ini tidak dilakukan, KASE berpendapat bahawa Kerajaan sememangnya tidak bertanggungjawab dan telah bertindak zalim kepada rakyat..
Sebagai  mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang disiarkan dalam akhbar theSun , berhubung keputusan kerajaan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanya setelah kesalahan yang dilakukan dibawa dan dibuktikan di Mahkamah.

Desakan demi desakan yang telah dibuat  oleh  Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) sebelum ini sehingga pada 23 Mac apabila Abdul Rahim mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa jemaah menteri bersetuju menarikbalik pelaksanaan senarai hitam atas kesalahan yang dikeluarkan Notis Pol 170A atau lebih popular dengan ‘saman ekor’.

Walaubagaimana pun keputusan tersebut dengan jelas, nyata dan terang menunjukkan bahawa Kerajaan telah mendera, menindas, menzalimi dan memaksa rakyat khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar dan mengakui sesuatu perkara yang belum pasti dan belum diputuskan kesalahan mereka oleh Mahkamah.
“Kenapa setelah berjuta-juta duit rakyat diperas melalui tindakan senarai hitam baru sekarang hendak disebutkan prinsip “innocent until proven guilty”.

“Adakah semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini kerajaan tidak pernah tahu prinsip “innocent until proven guilty”?..

Malah , PDRM pula dengan bangga mengumumkan sehingga Febuari 2011, sejumlah RM496.7 juta berjaya dikutip hasil pelaksanaan ugut dan paksa oleh kerajaan- dengan menghalang transaksi pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu sekiranya kompaun tidak dijelaskan.

Hasil ugutan itu, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen berpusu-pusu membanjiri balai polis, pejabat pos dan JPJ untuk membayar kompaun sedangkan kesalahan mereka belum dibuktikan..

Dalam masa yang sama menyelar Jabatan Peguam Negara kerana hanya memberikan nasihat kepada Jemaah Menteri pada Mac 2011 bahawa pelaksanaan saman ekor menyalahi undang-undang.

Sedangkan Mahkamah Tinggi Kuching telah membuat keputusan pada 2009 bahawa saman ekor itu salah dan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
Negara amat malang mempunyai “penasihat” seperti ini. Sudah berjuta-juta duit rakyat dikaut, sudah berapa ramai rakyat disusahkan baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat bahawa tindakan Kerajaan tidak betul.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here