cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, December 23, 2010

muaaakakakaka....tokeh hangat hangat taik ayam ‘Sultan yang Setan’ telah ditangkap

KUALA LUMPUR – Gara-gara perbuatannya menghina institusi diraja dengan membuka akaun Facebook menggunakan nama ‘Sultan yang Setan’, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan 29 November lalu.

Suspek dipercayai membuka akaun tersebut selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis menahan lelaki tersebut di ibu negara selepas lebih sebulan memburu suspek.

Menurutnya, JSJK menubuhkan pasukan khas bagi memburu lelaki itu selepas menerima lima laporan polis sejak 21 Ogos lalu.

Katanya, akaun tersebut bukan sahaja menggunakan nama yang tidak sepatutnya malah turut menyiarkan komen-komen yang menghina institusi diraja.

“Hasil serbuan tersebut, polis merampas lima telefon bimbit, PDA pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer.

“Siasatan mendapati, suspek menggunakan identiti ‘wireless router’ milik individu lain bagi mengelakkan perbuatannya itu dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Menurutnya, polis mampu mengesan individu terbabit walaupun menggunakan identiti lain.

“Suspek menggunakan alamat e-mel ‘pendekar.bentan@gmail.com’ namun identiti ‘wireless router’ yang digunakan adalah kepunyaan individu lain,” katanya.

Syed Ismail berkata, siasatan mendapati lelaki yang bekerja sendiri itu tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, tetapi ahli sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.

Menurutnya, akaun itu diwujudkan kerana suspek ingin memperjuangkan idealismenya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, suspek itu dibebaskan.

Sementara itu, Syed Ismail menasihati pengguna Internet menjaga keselamatan peralatan digunakan bagi mengelak disalah guna pihak lain.

Katanya, pengguna dinasihati mendaftar keluar ‘wireless router’ jika ia tidak digunakan.

“Pemilik akaun laman sosial perlu berhati-hati dalam mendedahkan maklumat diri seperti gambar dan nombor telefon bagi mengelakkan pihak lain menyamar sebagai identiti kita.

“Jangan menulis perkara berunsur fitnah serta hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Beliau menegaskan polis mempunyai keupayaan untuk mengesan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam perkara yang boleh mencetuskan perkara tidak diingini. - SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here