cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, May 20, 2010

Abuya ghaib aje? Rasulullah SAW pun wafat!




Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian.” aali-Ilmran: 185.

Ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi, kewafatan Baginda Muhammad SAW sendiri, ilmu dan akal yang waras mengakui tentang hakikat kematian. Ia adalah perpindahan dari alam dunia ini ke alam barzakh, sebelum dibangkitkan semula menuju ke Mahsyar dan akhirnya ke Syurga atau Neraka.


Inilah juga aqidah ahli Sunnah walJamaah. Justru, jika benar laporan wartawan akhbar harian tentang dakwaan anak sulung Ustaz Ashaari Muhammad yang mengatakan bapanya hanya ghaib dan akan kembali memimpin umat Islam, maka ia sangat mengelirukan.

Mati adalah mati. Kalau ia bermaksud bahawa jasad Abuya itu akan hidup balik di Mahsyar nanti, memang itulah yang akan berlaku, bukan sahaja kepada Abuya tetapi seluruh makhluk yang ditentukan Allah akan hidup kembali.

Kalau katanya Abuya akan memimpin umat Islam’ dengan makna beliau hidup kembali di Akhirat nanti dan ada pengikut-pengikut di bawah panjinya, mungkin ada kebenarannya, kerana setiap orang akan berada di bawah panji orang yang diikut. Tetapi jika dengan maksud ia akan kembali hidup di dunia ini dan akan memimpin umat Islam, maka kita menasihatkan beliau dan orang yang beriktiqad demikian supaya kembali ke jalan ilmu dan aqidah yang benar.

Nabi Muhammad SAW yang membawa Islam inipun wafat. Perjuangannya diteruskan oleh orang selepasnya. Kalaulah perjuangan menegakkan Islam ini mesti dibahu Rasulullah SAW sahaja, tentu Allah tidak mewafatkan Baginda.

Imam Mahdi benar, Nabi Isa benar, Dajjal benar, tetapi yang tidak benar ialah fanatik yang tidak berasaskan ilmu yang benar.

Laporan berita:

Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert Kalahkan Nafsu Abuya Pulang yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.

Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.

Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here