cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, April 28, 2010

tembak membabi buta....Rakan remaja mati ditembak polis beri keterangan


Saksi utama kes remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis awal pagi kelmarin, memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam

Saksi tersebut yang dilaporkan bersama mangsa, Aminulrasyid Amzah (gambar) semasa kejadian hadir di IPK Selangor kira-kira pukul 3 petang bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali dan keluarga.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo tiba di IPK Selangor pada pukul 3.15 petang memberitahu proses anak guamnya memberi keterangan bermula pukul 3 petang.

“Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan,” katanya.

Saksi turut ditemani anggota keluarganya.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka keadilan.

“Saya berharap supaya siasatan terperinci dapat dijalankan dan laporan itu dapat dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Selain itu, saya juga berharap siasatan dapat dijalankan dengan adil, bebas dan telus bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa,” katanya.

Tambahnya, anak guamnya kini dalam keadaan tertekan dan trauma ekoran kejadian itu.

“Keadaan saksi amat tertekan dan dia masih lagi terperanjat dengan apa yang terjadi.

“Walau bagaimanapun sebagai saksi dia perlu memberikan keterangan kepada polis supaya siasatan dapat dijalankan.

“Peranan yang dimainkan saksi amat penting bagi mendapatkan keadilan dan kebenaran,” katanya

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here