cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, April 26, 2010

Pengikut Nabi Sangat Sedikit

Ribuan tahun dahulu Socrates pernah mengatakan bahawa demokrasi membolehkan orang-orang bodoh mengangkat si bodoh di kalangan mereka untuk menjadi pemimpin, kerana orang bodoh lebih ramai dari orang cerdik atau bijaksana. Justeru demokrasi bukan terminal terbaik untuk memilih kepimpinan yang terbaik.


Apakah berkeramat ungkapan Socrates ini, sehingga di zaman moden ini. demokrasi tidak pernah membuahkan keunggulan atau ketenteraman kepada mana-mana kepimpinan yang tumbuh dari ladang demokrasi!. Perhatikan dengan saksama.

Mana-mana negara yang bangkit dan hidup dengan gertak demokrasi selalu berantakan, kucar kacir, onar dan kepayahan, justeru demokrasi sangat tidak berdisiplin, tidak mengenal kemanusiaan, tidak punya peraturan. Bebas, tirani, eksploitasi, hipokrasi, godaan, bujukan, pemusnahan dan yang lebih memualkan ialah aktornya menjadi binatang buas yang siap menyerang dan melukakan lawan.

Apa yang lebih sadisnya, mereka tega merobek dan melodehkan lawan tanpa ampun. Seolah-olah bumi ini tidak bertuhan. Seolah-olah kehidupan kita ini berakhir di dunia fana` ini. Tidak akan bangkit kembali untuk dihitung di akhirat nanti.

Itulah demokrasi. Belantara yang sangat kelam, hitam dan membuatkan ummah Islam sesat dan kepenatan, tanpa menemui jalan keluar.

Demokrasi tidak pernah memberi petunjuk kepada kearah kemenangan menegak kalimah tuhan dengan sempurna. Justeru Ali Benhaj (FIS) pernah berkata bahawa sememangnya pengikut nabi sangat sedikit. Kelompok yang sedikit tidak mungkin memenangi di padang lumba demokrasi, walau pun sedikit itu benar dan hak. Demokrasi hanya memberi kemenangan kepada kelompok yang besar, walau pun kelompok besar itu bobrok, hampeh, immoral, jahil dan mungkar.

Tapi hebatnya, belantara demokrasi tidak pernah menggerunkan para pejuang ilAllah. Kita dapat menyaksikan ketabahan dan kebijaksanaan pejuang Islam bertarung dalam medan yang penuh dengan syaitan dan serigala yang siap menerkam dan meratah, dengan mata yang merah menyala. Mata keganasan kekafiran.

Syabas pejuang Islam. Bersabarlah dan berjuanglah. Meski gelanggang ini sangat keji dan buas. Justeru tanah ini masih mengizinkan kita berjuang mencari redha Allah dalam sistem yang bukan milik kita. Sistem yang merubah manusia menjadi binatang jalang.

Perjuangan tiada hentinya, tiada titik noktahnya.



abuhikam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here