Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini Khamis.
Gambar: Wardina menunjukkan pelbagai barangan yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya. Foto BERNAMA
Dalam kejadian 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul.
Ketika ditemui pemberita di rumahnya, Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata ketika kejadian hanya beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.
Wardina
"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.
"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya, lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga berkumpul dan pembantu rumah di bilik tidur utama," katanya.
Katanya anak perempuan sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.
"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.
Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.
Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.
Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA
Pelakon Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.
Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.
Perompak berparang itu dipercayai buruh warga Indonesia jam 5 pagi tadi. 5 buah laptop hilang. Suami Wardina dikatakan dipukul oleh perompak tersebut akibat tidak berpuas hati kerana tiada barang kemas
Agak melucukan apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, membuat laporan di balai polis berdekatan dan polis dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut di rumahnya.
Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.
Beliau juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan
No comments:
Post a Comment