cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, January 18, 2012

Otak kat kepala lutut atau dadah dah meresap kat kepala otak.....Besi menara telefon lesap

Sebuah menara telefon mudah alih di puncak sebuah bukit di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, dekat sini, menjadi sasaran pencuri apabila beberapa batang besi hilang dan dua generator elektrik direlainya.

Kejadian itu dikesan kira-kira jam 3 petang, Rabu lalu, apabila peneroka mengesyaki sesuatu berlaku di menara berkenaan kerana kerap mengalami masalah ketika membuat panggilan telefon mudah alih ke luar rancangan tanah terbabit.

Berikutan itu, mereka pergi ke puncak bukit itu dan mendapati pagar di bahagian belakang menara terbabit digunting supaya mudah ceroboh masuk untuk mencuri pelbagai keperluan dalam menara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Lebir, Ab Aziz Ab Rahman berkata, bukan sahaja beberapa batang besi menara itu dicuri, tetapi juga dua generator elektrik dirungkai untuk mengambil pelbagai peralatan untuk dijual.

Beliau berkata, menara itu baru digunakan penduduk setahun lalu, namun terdedah dengan kejadian mencuri besi dan generator menyebabkan keadaan menara berkenaan tidak lagi selamat.

“Kita bimbang bukan sahaja menara itu memberi gangguan penggunaan telefon mudah alih kerana generator elektrik turut dicuri, juga bimbang menara itu tumbang sekali gus membahayakan penduduk,” katanya.

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada syarikat yang mengendalikan peralatan menara terbabit dan siasatan pihak berkenaan sedang dijalankan sebelum tindakan lanjut dilakukan.

Kita percaya kegiatan mencuri besi dan generator elektrik di kawasan menara berkenaan dilakukan mereka tidak bertanggungjawab pada waktu malam hingga awal pagi,” katanya.

Penduduk, Rosmin Ab Rahman, 46, berkata, mereka tidak sepatutnya melakukan kegiatan seperti itu kerana menara telefon itu adalah bagi kemudahan semua penduduk di RKT Kesedar Lebir.

Menurutnya, jika menara itu rosak atau tumbang bukan sahaja boleh membahayakan penduduk sekitar, juga menyukarkan penduduk untuk membuat panggilan menggunakan telefon bimbit.

“Saya kecewa dengan sikap individu berkenaan yang sanggup mencuri besi dan generator elektrik di kawasan menara telefon mudah alih tanpa memikirkan kepentingan penduduk terutama jika berlaku kecemasan.

 

 

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here