cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, October 18, 2011

Gerakan sudah jadi Balaci Umno PORNO...!!!

 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu pihaknya akan menghormati siapa juga calon yang diletakkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya nanti di Pulau Pinang.

Beliau pada sidang media di parlimen hari ini, turut bersimpati dengan apa yang dialami oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dikecam agar melepaskan jawatan kerana reputasi parti tersebut di Pulau Pinang amat teruk pada pilihan raya umum 2008 yang lepas.

"Saya bersimpati dengan apa yang dialami oleh Tsu Koon sekarang ini dan jelas kita lihat di media-media milik Umno wujud kempen untuk menjatuhkan beliau.

"Kita tahu sekarang ini semua perancangan dikawal oleh Umno termasuklah siapa yang akan menjadi Ketua Menteri," jelasnya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu dijadikan sebagai buat catur dalam kempen menjatuhkan Tsu Koon.

"Saya tidak mahu dijadikan buah catur dalam kempen tersebut, apa yang saya nyatakan jelas simpati serta hormat pihak lawan.

"Sekarang Gerakan sudah mula menjadi pak turut kepada Umno, sebab itulah Umno melalui media mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Tsu Koon jatuh," sambungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau lagi, siapa jua mengetuai Gerakan nanti tetap diterima DAP negeri dan persiapan untuk pilihan raya sudah dibuat untuk melawan siapa calon pilihan BN bagi memastikan Pulau Pinang tetap milik Pakatan Rakyat.

harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here