Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di gesa melepaskan jawatan Menteri Kewangan untuk diambil alih oleh orang lain yang lebih layak, sebelum ekonomi negara merudum jatuh.
Syor itu perlu kerana menyedari Najib, sejak memegang jawatan tersebut, telah gagal melaksanakan agenda “reformasi” beliau untuk menarik keluar Malaysia dari perangkap berpendapatan terbantut melalui Model Ekonomi Baru.
Oleh yang demikian, untuk seseorang Perdana Menteri yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan adalah sesuatu yang janggal, dan tidak diamalkan di mana-mana negara pun di dunia ini..malah hanya kerajaan yang kepalanya terdiri dari penyamun yang gemar berbuat demikian..
Malah juga , menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang cekap dan baik..
Justeru itu, kita menyarankan supaya Najib menerima nasihat yang beliau sendiri berikan kepada Tun Abdullah Badawi pada 17 September 2008 supaya Perdana Menteri menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya (Najib).
Sekarang, Najib kerap kali berdolak-dalik dalam membuat keputusan yang akhirnya mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit sebagai contoh kegagalan dasar penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak serta cukai perhidmatan 6 peratus untuk telefon prabayar.
Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan juga kerana kadar inflasi yang semakin tinggi.
Begitu juga hak royalti petroleum sebanyak 20 peratus wajar di beri kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat..
Mengenai langkah kerajaan Barisan Nasional ( UMNOPORNO ) yang terlalu lambat untuk mengiktiraf 16 Septembr sebagai Hari Malaysia, iaitu selepas 46 tahun persekutuan Malaysia ditubuhkan ,Itu pun setelah desakan dibuat oleh majoriti rakyat Malaysia, dan bukan inisiatif kerajaan porno ini ternyata menunjukkan niat sebenar parti yang menjadi tunjang kerajaan tidak berjiwa patriotik dan hanya berkepentingan politik sempit yang jumud.
Jelas sekali ini adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah PRU 2008, mencerminkan kuasa rakyat yang mahu kerajaan bertindak adil mengikut keperluan rakyat. ..
No comments:
Post a Comment