cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, September 8, 2011

artis seksi sudah tentu jiwanya kosong....akibatnya ketagih pil secara berlebihan...!!!

 

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang terkenal dengan imej seksi dilaporkan tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya, dipercayai selepas pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.

Dia dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Berita Harian memetik sumber berkata, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu.

“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil,” katanya.

“Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat.”

Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha, finalis program Akademi Fantasia musim ketiga.

Bekas pengurus Marsha, Syada Fiza, mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan cuba membunuh diri.

“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya.

Marsha sebelum ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu.

Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.

Dalam temu bual khas dengan Berita Harian beberapa bulan lalu, Marsha yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini menafikan dakwaan bahawa dia ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here