cari maklumat di sini
Saturday, June 11, 2011
Sengaja UMNO tak mau faham demi nafsu serakah pemimpinnya...!!!
Dalam Muktamar PAS ke 57, Presiden PAS mengemukakan "negara berkebajikan" sebagai tema untuk bekerja khususnya apabila PRU sudah hampir. Yang ini UMNO tak faham atau buat-buat bodoh.
Kemudian UMNO ulas, PAS putar belit dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam apabila tidak sebut negara Islam lagi dalam perjuangan hari ini. PAS kata sesebuah negara itu Islam bukan sebab status agama rasmi tetapi negara perlu meletakkan al-Quran sebagai penentu yang lebih tinggi dari Perlembagaan negara dan melaksanakan hukum Islam, bukan Islam sebagai lambang dan ritual sahaja.
Maka apabila Kelantan meluluskan enakmen syariah lebih 10 tahun yang lalu, UMNO-BN tidak setuju dan menggunakan kuasa untuk menghalang pelaksanaan enakmen itu. Apabila PAS perintah Terenggannu satu penggal, Terengganu juga meluluskan enakmen syariah, tetapi sekali lagi UMNO-BN sekat pelaksanaannya. PAS faham kenapa UMNO buat begitu, tapi UMNO memang tak mau faham atau sengaja buat-buat bodoh dalam hal ini walaupun UMNO ada peguam dan pakar undang-undang.
Bila PAS gunakan "negara berkebajikan" dan bukan negara Islam, UMNO lagi buat buat tak faham atau boleh jadi buat buat bodoh atau memang bodoh betul. UMNO tak baca seerah nabawiyah dalam perjanjian hudaibiyyah. UMNO tak faham apa yang berlaku dalam perjanjian hudaibiyyah.
Diringkaskan cerita, semasa Nabi berbincang dengan puak Quraisy untuk memeterai Perjanjian Hudaibiyyah, puak Quraish tidak bersetuju disebutkan satu perkara iaitu nama "Muhammad Rasulullah" dan ditukar dengan "Muhammad bin Abdullah". Syaidina Ali marah dan protes, tetapi Nabi kata tak mengapa.
Tidak perlu rasanya di ulas panjang tentang sebab, tujuan, dan strategi Nabi berbuat demikian kerana elok UMNO baca kita-kitab seerah nabawaiyah yang sudah ada ulasan panjang mengenai perjanjian tersebut dari sudut tektik muslihat, seni tawar menawar dalam politik, seni berpolitik, dan pemikiran strategik Nabi s.a.w.
Cuma perbandingannya ada kaitan dengan perkataan "negara Islam" yang di"perlahankan bunyinya" dan dikuatkan bunyi "negara berkebajikan". Kalau Nabi s.a.w. boleh gugurkan "Muhammad Rasulullah" dan ditukar dengan "Muhammad bin Abdullah", apalah sangat kalau PAS tukar "negara Islam" kepada "negara berkebajkan?"
UMNO dan media UMNO bagaikan bertih digoreng terlompat-lompat dalam kuali panas apabila mendapat berita panas iaitu 4 panglima PAS dipilih untuk berada di saf hadapan bertujuan menggempur UMNO dalam PRU 13 dan apabila tema kali ini berbunyi "negara berkebajikan". Memang panas punggung UMNO sehingga setiap hari dalam media massa, UMNO belum boleh duduk tenang dan aman. Melompat-lompat macam bertih digoreng.
Mengapa negara berkebajikan? Negara berkebajikan ini dilaksana bersama dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Cuba lihat...
1. ganti PTPTN kepada biasiswa
2. beri air percuma 20m padu seperti di Selangor
3. beri cuti bersalin 90 hari dan cuti 3 hari untuk suami 10 tahun yang lalu dansebelum UMNO-BN laksana kemudahan ini tahun lalu
4. beri ruang kepada pendidikan melalui bahasa ibunda
5. beri hadiah RM1000 kepada pelajar yang dapat masuk universiti
6. buka tabung TAWAS RM100 bagi setiap anak yang baru lahir di Selangor
7. beri RM2500 kepada keluarga warga tua yang kehilangan warga tua dalam keluarga untuk urusan pengkebumian
8. beri pinjaman wang pelajaran kepada rakyat tanpa faedah
9. beri royalti minyak lebih daripada 5% kepada Sabah dan Sarawak
10. menghapuskan saman ekor
11. membanteras pelacuran dan judi yang bukan ajaran mana-mana agama serta boleh merosakkan minda dan roh rakyat serta yang boleh memusnahkan integriti sesebuah keluarga da masyarakat
dan banyak lagi dalam manifesto PR dan Buku Jingga
Dalam Perjanjian Hudaibiyyah, orang Quraisy boleh terima Nabi s.a.w. untuk gugur perkataan "Muhammad Rasullullah". Mengapa UMNO tak faham bila PAS dalam Pakatan Rakyat gantikan perkataan "Negara Islam" dengan "Negara Berkebajikan"?
UMNO tak faham beza antara "negara kebajikan" dengan "negara berkebajikan" agaknya.... mungkin UMNO tidak ada penasihat dari pakar bahasa untuk memahami beza antara "negara kebajikan" dengan "negara berkebajikan". Ada beza kedua-dua slogan ini. Adakah UMNO buat buat tak faham atau buat-buat bodoh tak faham atau memang bodoh dalam cuba memahaminya?
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment