cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, January 13, 2011

calon sekolah hamil ali ketam yang gagal....Buang Bayi Menjadi-jadi, Seorang Bayi Ditemui Di Longgokan Sampah

Mayat bayi lengkap bertopi dalam kotak



SUPIK menunjukkan mayat bayi lengkap berpakaian dijumpai dekat longgokan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru, semalam. Gambar kecil, mayat bayi yang ditemui.

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui disumbat dalam kotak di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini, semalam, menjadikannya sembilan kes pembuangan bayi sejak 1 Januari lalu.

Mayat bayi lengkap berpakaian termasuk topi serta sarung tangan dan kaki, ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh seorang suri rumah warga Indonesia yang sedang membuang sampah di hadapan rumahnya.

Supik Satu, 44, berkata beliau terlihat sehelai kain terjuntai dari sebuah kotak di tempat pembuangan sampah itu sebelum menariknya dan mendapati ia topi kanak-kanak.

“Apabila mengintai ke dalam kotak itu, saya tergamam apabila melihat seorang bayi lengkap berpakaian dengan kepalanya dalam keadaan senget dan tidak bernyawa,” katanya yang masih terkejut dengan penemuan itu ketika ditemui di rumahnya.

Supik kemudian memanggil jirannya sebelum menghubungi polis.

Kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata dalam tempoh seminggu 2011, tujuh kes pembuangan bayi dicatatkan di seluruh negara dan kelmarin, satu lagi mayat bayi lelaki baru lahir ditemui terapung di laut berhampiran Kampung Sing Kee, Sandakan.

Dalam tempoh 2004 sehingga tahun lalu, sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan, termasuk 99 kes sepanjang tahun lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 147 kes diikuti Johor dengan 113 kes.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, yang mengesahkan penemuan mayat bayi, semalam, berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat sebelum dapat mengesahkan sama ada bayi itu mati akibat lemas atau sudah meninggal dunia sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah terbabit.

Berikutan penemuan itu, Zulkarnain meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis terdekat. -BH

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here