cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, December 4, 2010

mamat hantu nie jadi bapak Jin....Bekas Permaisuri Agong Saman Uncle Seekers & Bapanya

Halang dedah maklumat sulit



KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, terhadap Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers selepas mendakwa lelaki itu mendedahkan maklumat sulit beliau.

Dalam saman itu, Siti Aishah menamakan Syed Abdullah Hussein sebagai defendan pertama dan bapa pengamal perubatan tradisional berkenaan, iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Gunaselan & Associates di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 22 Disember ini.

Siti Aishah memohon perintah injunksi bagi melarang Syed Abdullah dan bapanya tidak mendedahkan sama ada secara lisan, blog, akhbar atau wakil berhubung sebarang maklumatnya.

Siti Aishah juga memohon perintah untuk melarang kedua-dua defendan menerbitkan buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Aishah mendakwa pada Jun lalu, beliau ada meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantunya menangani masalah emosi yang dihadapi selepas lelaki itu memberitahu boleh mengubati dan menjalankan kaunseling.

Selepas membuat persetujuan, plaintif bersetuju menjalani rawatan itu dengan bayaran RM15,000. Bagaimanapun, Siti Aishah menamatkan rawatannya selepas berlaku perselisihan faham dengan defendan pertama. -hm

Berita sebelum ini

[Bergambar] Mamat Hantu  jadi bapak jin  Aibkan Bekas Permaisuri Agong?


Gambar bekas Permaisuri Agong tersebar di blog

SHAH ALAM –: Kecoh apabila tersebar gambar kontroversi membabitkan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Besar Selangor Siti Aishah Datuk Seri Abdul Rahman dengan bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas di sebuah laman blog.

Blog milik Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa mesra dan rentetan peristiwa ‘percintaan’ di antara mereka.

Uncle ketika dihubungi berkata, awal perkenalannya bermula sejak Januari lalu apabila Aishah dan keluarga mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

“Ya, saya akui memang pernah bercinta dengan dia (Aishah) selama dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun lalu.

“Namun, ia bukanlah cinta sebenar dan kerana itu dipanggil ‘cinta syyhh’ yang mempunyai maksud tersendiri,” katanya.

Menurutnya, hubungan berkenaan hanya diketahui ibu Aishah, Datin Seri Shamshina A Rahman, ahli kumpulan Seekers dan dirinya sahaja.

“Blog itu adalah milik saya yang dianggap seperti rumah untuk berbuat apa sahaja tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

“Semua gambar itu adalah daripada kamera Aishah sendiri yang sering dibawa ke mana sahaja sebagai peneman kerana dirinya akan dikurung oleh bapanya apabila pulang ke rumah.

Beliau berharap dengan tersebarnya gambar berkenaan Aishah dapat berkahwin dengan lelaki yang disukai tanpa disekat pihak tertentu.

“Pada bulan Jun lalu, saya menerima kiriman pesanan ringkas dan panggilan berbaur ugutan daripada bapanya supaya tidak mengganggu anaknya lagi.

“Kemudian saya memberitahunya supaya tidak lagi berhubung dan sejak daripada itu kami tidak lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya. -SH












mula mula seeker cari hantu....terjumpa pulak jin...akhirnya tergamak jadi bapak jin lansung tergamak mengaibkan x-lover kerana cinta terhalang....mcm ni punya mangkuk tingkat ada ke dalam dunia ini...memang padan kena saman....!!!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here