cari maklumat di sini

Your Ad Here

Sunday, December 5, 2010

Kroni Didahulukan. Rakyat Dibebankan




Kenaikan harga barang yang terbaru adalah sebahagian dari pelan ekonomi Najib yang baru. Tema kepada pelan Najib ini adalah:

Beban diberikan kepada rakyat. Keuntungan diberikan kepada Kroni/UMNOPUTRA

Dalam tindakan drastic Najib yang terbaru, sedikit pun Najib tidak berusaha mengikis kekayaan dan keuntungan yang dinikmati oleh para korporat. Cukai korporat (baca kroni/UMNOPUTRA), misalnya, tidak dinaikkan langsung. Malah, yang saya dapat tahu, cukai korporat akan diturunkan.

Maka, demi untuk menampung kekurangan perbelanjaan kerajaan (yang selama ini menguntungkan korporat) maka dinaikkan harga barang. Najib tahu, kenaikan harga barang akan ditanggung bebannya oleh rakyat. Dan, oleh kerana rakyat Malaysiaakan terus menyokong Najib dan UMNO, maka kenaikkan ini diteruskan juga.

PEMANDU di bawah Idris Jala begitu aktif berkempen membuang subsidi. Idris Jala sedikit pun tidak menyusun strategi bagaimana membuat para korporat (baca: kroni) menampung beban perbelanjaan kerajaan Malaysia. PEMANDU pimpinan Idris juga berpaksi kepada ideologi: “Bebankan rakyat, bantu kroni”(baca: korporat).

Tak elok buat analisa begini tanpa contoh. Subsidi yang PETRONAS bayar kepada Pengeluar Elektrik Bebas (IPP) adalah dalam jumlah RM19 billion setahun. Soalannya, mengapa Najib tidak memotong subsidi kepada korporat2 kaya empunya IPP ini seperti YTL dan sebagainya?

Pelan ekonomi Najib tidak memikirkan rakyat marhean. Pelan ekonomi Najib hanya memikirkan bagaimana menambah kekayaan kroni dan UMNOPUTRA. Rakyat tidak penting kerana rakyat Malaysia akan terus mengundi Najib dan UMNO walau bagaimanapun rakyat Malaysia dilayan oleh Najib dan Barisan Nasional.

Usaha kerajaan PR untuk member air murah pun ditentang Najib demi membela kroni2 beliau (baca: korporat).

Dengan kata lain, di bawah pelan ekonomi Najib ini, rakyat Malaysia akan terus mengikat perut demi mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA (baca: korporat).

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here