cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, September 23, 2010

cilanat punya mangkuk tepen..."Jika Dapat 2 Budak Ni, Aku Kenakan Dia Cukup-cukup"



GEORGETOWN: “Ini pertama kali saya tengok gambar dua budak lelaki ini. Jika dapat dua budak ini, saya kenakan depa cukup-cukup, hidup anak saya musnah kerana mereka,” kata Che Noriah Che Hat, 48, ibu kepada Suhaily Abdul Razak, 14, yang menghilangkan diri bersama rakannya, pasangan kembar berusia 14 tahun, Nurulain Kamarazmi dan Nurulashiqin sejak Aidilfitri kedua lalu.

Che Noriah dan Harlizah Damah, 44, ibu kepada pasangan kembar berkenaan mulanya tidak bercadang pergi melihat anak mereka yang hilang sejak 18 September lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan hanya mahu menunggu polis membawa mereka pulang ke Kampar, Perak.

Bagaimanapun, naluri keibuan membuatkan mereka mengambil keputusan menemui anak mereka, lewat malam kelmarin di HPP.

Dua wanita itu bertolak dari Kampar kira-kira jam 7.30 malam kelmarin sebelum tiba di HPP kira-kira jam 10.30 malam dan selepas meluangkan masa bersama anak masing-masing, wanita berkenaan yang ditemani Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 12 tengah malam.

Difahamkan, dua wanita itu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit dan akibat keletihan, mereka lebih banyak berdiam diri ketika ditemui di luar balai berkenaan.

Bagaimanapun, selepas mereka melihat gambar kekasih kepada Nurulashiqin dan Suhaily, mereka mulai berang dan menyumpah dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu.

Harlizah berkata, mereka tidak mahu anak mereka menjalin sebarang hubungan dengan dua lelaki itu dan akan mempertimbangkan untuk bertemu keluarga dua lelaki berkenaan.

“Saya tidak akan membenarkan anak kembar saya menjalin hubungan dengan lelaki yang menghancurkan hidup mereka, apatah lagi membenarkan mereka mengikat tali perkahwinan dengan mereka.

“Kini, saya hanya berharap anak saya sedar dengan kesilapannya dan balik ke pangkal jalan, kami akan memberi sokongan penuh kepada mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga seperti sedia kala,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua lelaki itu dan kini menunggu hingga siasatan polis selesai.

Tiga remaja perempuan itu yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu ditemui polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, kelmarin.

Nurulashiqin dan kembarnya, Nurulain serta Suhaily ditemui di rumah itu bersama dua lelaki terbabit.

Tiga remaja perempuan yang masih bawah umur itu kini menjalani pemeriksaan lanjut di HPP, manakala dua remaja lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut termasuk berkaitan kesalahan merogol. -hmetro

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here