cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, August 18, 2010

kerajaan Barisan Najis di saman RM2 juta



Seorang peniaga, Aleyasak Hamid menuntut ganti rugi sebanyak RM2 juta terhadap tiga ketua polis dan kerajaan Malaysia kerana menyebabkan kecederaan serius dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.

Saman difailkan melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi semalam dengan menamakan defendan pertama Ketua Polis Kuala Lumpur,defenda kedua Ketua Polis Dang Wangi, defendan ketiga Ketua Polis Negara dan defendan keempat kerajaan Malaysia.

Aleyasak, 34, mendakwa, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 petang di Jalan Tun Perak ketika cuba beredar daripada perhimpunan tersebut.

Beliau mendakwa telah terjatuh akibat diserang dan ditolak dari arah belakang sebelum badan dan kaki kirinya cedera didakwa dipijak polis simpanan persekutuan (FRU).

Beliau juga mendakwa dipijak dan disepak berkali-kali di bahagian lutut dan rusuk kanan serta telah merayu-rayu supaya perbuatan tersebut dihentikan kerana kaki kirinya telah patah.

:“Saya ingin menuntut keadilan di atas kekejaman polis kerana selama ini percaya bahawa mereka melindungi rakyat,” katanya.

Fadiah Nadwa Fikri peguam yang mewakili plaintif berkata, tuntutan memohon ganti rugi am dan ganti rugi teruk bernilai RM1 juta setiap satu, ganti rugi khas, faedah dengan jumlah 8 peratus sehingga tarikh penyelesaian, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan plaintifnya, perhimpunan Bersih telah diadakan pada 10 November 2007 untuk menuntut system pilihan raya negara dirombak menjadi lebih telus dan adil.

Perhimpunan itu turut disertai parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pergerakan pelajar dan orang awam.

SH

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here